Bangsa Melayu dilihat sama sahaja dengan bangsa-bangsa lain sekiranya tiada Islam dalam jiwa. Cuma yang berbeza mereka maju, tetapi malangnya sudahlah kita tidak beragama, tidak juga maju. Pada pandangan manusia kita adalah bangsa yang hanya tahu meminta dan tidak punya maruah... - Dipetik dari buku "Agenda Yahudi Menakluk Dunia - m/s 112" Marah? Geram? Rasa nak belasah orang yang buat kenyataan tu? Rasa nak maki hamun saya? Sila.. Sila rasa marah, menyampah, rasa nak belasah. Itu tanda kamu masih punya sifat ke-peduli-an dengan nasib bangsa. (^^) Syabas. Pedih menusuk. Penat memerah akal. Mana arah boleh ku putar fakta. Menafikan kenyataan di atas. Hakikatnya dadah, sumbang mahram, hiburan melampau2 (realiti tv tak payah cakap la 24 jam), buang anak, pemalas, dll seakan sinonim dengan Melayu. Ya Melayu yang mana kalau ikut dalam perlembagaan, yang dinamakan Melayu itu ialah 1) Beragama Islam 2) Mengamalkan adat2 Melayu 3) Bertutur dalam bahasa melayu. Benar pedih. Mahu menaf...