Semalam kawan baik saya cakap, "Dah la hana.. Aku tak nak tengok ko sedih lagi nanti.. Buka hati untuk orang lain ok? Tak payah yang ni. Jadi drama nanti" Saya......... pernah terbaca satu artikel ke hape ke tah. Tak ingat. Artikel tu cakap, cerita-cerita cinta, novel-novel cinta, drama-drama cinta, filem-filem cinta, cuma 20% cerita bahagia. Yang lebih 80% kisah-kisah duka lara, air mata, tragis dan tiada gembira. Sadis. Tapi bagi saya, Cinta tu asalnya dari syurga. Suci, indah dan bahagia. Mungkin kita tersalah menggunakan cinta. Kerana itu merana.. Kan? Manusia bersedih di atas sebuah kehilangan. Walhal, tiada apa di atas muka bumi ini dimiliki manusia. Tiada pemilikan maka tiada kehilangan. Perasaan memiliki tu bahaya sebenarnya. Perasaan dimiliki oleh yang tak abadi pun sama bahaya. Kan? Dah tak tau nak tulis apa. Haha Masa punya kuasa. Kerana itu wujud surah demi masa.. Kan? Let the rain time wash away all the pain I felt yesterday.. Ok? [How ...