Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

A little happiness

Assalamualaikum.. Good morning.. Ohayo gozaimasu!! (^^) Its 7.43 am here in Malaysia. Saturday, 22 Dec 2012. Not like Nihon, its hot in Malaysia.. I somehow miss the cold weather.. Tak ada apa nak tulis pun. Terasa dah lama tak menghapdet.. hoho Untuk yang tertanya-tanya, yee jodoh saya masih dengan company sekarang. hoho Belum ada company lain yang datang membawa dulang berisi offer yang cukup menarik. So, stay je la. Orang cakap, jangan tinggalkan yang baik untuk mencari kononnya yang lebih baik.. Jepun cakap, 最高を求めるのは不幸になるだって...Jadi, bersyukurlah... (^^) Kawan saya cakap, belajar sampai tepu dulu.. hoho owkeyyy.. 2012 dah nak habis... Azam saya tahun 2012 dah tercapai! Tahun lepas azam saya adalah.... Jeng jeng jeng.. Untuk tidak mempunyai azam! Haha.. Just go with the flow. Tapi untuk tahun depan, saya dah ada azam. Tak mo la tulis kat sini. Itu private and confidential.. lalala Orang buat azam, saya nk buat tema la. Tengah fikir2 tema 2013 yang menarik. Tema boleh la share...

Kerana ku sayang kamu

Tulisan seorang sahabat. Saya suka bila sahabat ini ada di sisi. Dia minta saya post tulisannya di sini.. Sebab dia tak ada blog.. Why not??!! Jangan tanya saya. Dah berbuih mulut saya merayu.. So, here it is.. (^^) ------------------------------------------------------------------------------ Kernaku sayang kamu Aku selalu tertanya-tanya kenapa Allah takdirkan aku selalu menyukai orang yang salah. Hikmah. Ya, aku belajar meneliti setiap kejadian dengan positif - ada hikmah. Selalu aku bermenung, why am i too easily fall in love - with the wrong person? Hari ini aku tau. Mungkin 1 dari 1000 hikmah tersembunyi. Yang nyatanya, ku temu 1. Mungkin. Bila ku sedar hati ini berputik rasa cinta, rasa rindu, rasa sayang, rasa ingin memiliki, lekas ku mencari Rabb ku. Bukan mahu berlagak warak. Bukan. Aku tahu, aku tak mampu lagi bangkit andai terjelepok kecewa kerana cinta manusia untuk walau sekali lagi. Sungguh aku dah tak punya kekuatan untuk bangkit lagi andai itu terjadi. Untuk it...

Its a summer autum

"Being in a relationship is like giving the other person a full loaded gun and believing that person to not to shoot" Shoot once or twice. Will you ever hand over the full loaded gun again? erm.. Unlikely. "If you want to have someone's heart, you don't need to ask from the owner. Ask the Creator who created that heart." Heart is like a paper? I like heart is like a mirror more. Fragile. Have a bless November everyone.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

見る見るうちに

「もしもし。。だれかいますか?」自分の心に聞きました。 シーンと。。だれもいないか~と思った瞬間 「いるよ。ここに。ずっと前からいたよ。気づいてないの?」 「いなくなったときに気づいた」 「皆そうだね」 「つらい」 「それは当り前だ!」 「まだいるの?」 「いるよ。ただあなたはもうあそこにいてはいけない。。僕の心に」 T T シーンと . . . . . . コンコン。。「すみません~入っていいですか?」 [How people treat you is their karma, how you react is yours]

You can stand under my umbrella

Hujan. Sekarang musim hujan. Hari-hari, petang-petang balik kerja, pagi-pagi pergi kerja, tengahari cuti-cuti, selalu hujan. Saya? Masih seperti dulu. Tak pernah berhenti tersenyum pabila hujan. (Senyum dan tunduk.. haha mengada) 1) Bila hujan, nyaman. 2) Lepas hujan, bersih  3) Masa hujan, doa senang makbul.. Selain family and food (haha), saya rindu ini.. Hujan malaysia.. p.s: hari2 hujan, bila pulak nak hantar car wash ni.. (^^;) [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Rimas rimas

[I'm losing my writing sense. So, pardon me for.... for anything..everything. This is actually an early warning] I turned around and I found nothing. I saw no one. I tried to be positive. Again again again and again. I failed. Just.. Gorgeously failed. Failure never a gorgeous thing anyway. They said, it just a matter of time. So I took a break. They said chocolate will do. So, I ate tremendously. Nothing. I used to not to listen to anyone except who Allah told me to. I felt more relax back then. But then, came too many peoples with too many theory and too many ideology into my life. I broke my own policy. I did things I swear when I was in darjah 1 not to do. I did things I swear when I was in form 2 not to do. Got the point? I lost too many side of me. You may think, at the very point I'm writing this, I am a totally messed and lost lady. Ok. tambah. Totally messed and lost and gorgeous lady. haha You are free to think inside the box or outside. You got nothing to do any...

Bagai bunga kembang tak jadi

Doc : Erm.. Ni kalau nak cepat baik, kena cucuk ni. Nak? heh heh heh Saya : Tak nak! Tak pe! Bagi saya painkiller je.. Doc : Hahaha.. Ok.. Nah.. 3 jenis painkiller, 2 antibiotik, 1 ubat tambahan, 1 ubat minum.. Lepas 2 hari datang balik check.. Saya : ......... ( Banyaknyeeee ubatttt ) Its ok.. I forgive you doc since you gave me mc.. My first mc since saya demam influenza 2 tahun dulu.. -Sakit itu nikmat- [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Memerhati.. Memahami..

"Ko ni pelik la" "Apesal muka ko tensen gile ni?" "Sebab ko dah tak senyum macam selalu" "Apesal garang sangat ni" "Ko dah lain" "Tak payah nak mengada. Awak tu perempuan" "Jangan berani sangat" "Busy gile ko" Bla bla bla.. Bila bertenang.. Bermuhasabah dengan munasabah. Saya terasa risau dengan diri sendiri.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Syawal.. Kenapa perlu sedih?

Kebelakangan ni saya banyak diceritakan perihal kisah-kisah menyayat hati. Disogokkan dengan iklan-iklan sengaja nak menyebakkan dada penonton. Drama-drama air mata. Asal dekat nak syawal je, mesti episod2 sedih. Episod tak dapat balik raya la. Episod bla bla.. Kan ke raya tu untuk meraikan kemenangan? Boleh tak bagi perkara2 yang menaikkan semangat sikit. Kita menang Perang Badar dalam bulan Ramadhan. Syawal disambut dengan takbir yang penuh semangat--sepatutnya. Ok.. Tak nak cerita bab bila dengar takbir je menangis sedih. Itu saya yang dulu. Sebab tak dapat balik raya. Sampai kena tegur dengan sorang ustaz nih. Allah dah bagi anugerah aidilfitri untuk umat islam bergembira. Kenapa kita nak sedih pulak? Itu sendiri fikir. Sebenarnya nak cerita ni. Semalam saya dengar satu cerita sangat sedih membabitkan kemalangan jalan raya. 2 tahun lepas, orang tempat saya merujuk, tempat saya mengadu, tempat saya menyengal, tiba2 hilang. 3 hari sebelum raya. Pun accident jugak. Saya tahu pe...

Ekzos mu kebanggan mu?

"eeee... Geramnyaaa dengan kereta tu.. Tak pe.. Nanti aku nak letak ekzos beso2.. Biar bunyi lagi bising dari dia. Nanti tak sampai ofis lagi pun, semua orang dah tau aku datang.. huh!" "aah.. Bagus gak tu. Tapi nanti tepat pukul 5 semua orang tau ko dah balik..hahaha!" "errr... tak jadi la.. haha!" haha perbualan balik tarawih..  (o^^o) p.s: Ramadhan kali ini, saya mahu belajar memaafkan.. Saya mahu belajar bersabar.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Drama dari cermin sisi

Tiba-tiba pak cik tu bangun. "Eh.. Salah.. Dia tak mintak sedekah la.." Terasa ingin saya menerpa keluar kereta dan mohon ampun.. Prasangka. Beg plastik besar yang tersandang di bahu pak cik tu tampak berat pabila beliau sedikit terbongkok. Buat jualan barangkali. Telahan saya benar bila beliau bangkit dan berjalan perlahan-lahan menghampiri setiap kereta yang memakir di tepian jalan. Singgah ke bazar. Namun tiada rezeki. Sehingga pak cik ini menghampiri seorang pemandu yang baru ingin masuk ke dalam kereta setelah langsai urusan di bazar. Saya terkedu. Drama yang terpapar di sisi cermin kereta sungguh syahdu. Di petang 14 Ramadhan ini. Kasar perlakuan itu saudara. Tak mahu tak apa. Nyatakan dengan cara baik. Tak susah kan. Sayu wajah tua itu dan berlalu. Kita cuma berstatus hamba. Apa saja di benakmu saudara hingga tegar berkelakuan bak maharaja? [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Internet dan rajin

Hey hey hey..! ops.. hihi Seminggu plus plus tak de internet kat rumah. Saya kembali ke dunia nyata. Saya rajin OT.. time ni la baru sedar kerja bertimbun. haha selama ni totop mata saja~~ tapi dengan ketiadaan internet, saya rajin! Lagi, bila tak ade internet saya kembali rajin membaca.. wii! rasa terisi balik otak kosong ku.. owh! rak buku saya dah penuh.. Macam ni, kena beli satu lagi rak buku la baru boleh beli buku lagi. huhu... Tapi... Bila internet tak de, susah la nak masak.. (^^;) So, welcome home mr. unifi.. eh miss.. hehe and... ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Jom2 sapu sawang, cuci2 rumah, cuci2 baju, pakai wangi2.. Ramadhan nak datang ni.. (^^) [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Matematik sekolah rendah

Ud'uni istajiblakum.. 40:60 Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan. Al-Ghafir:60 Doa itu senjata mukmin. Dia berjanji untuk mengabulkan setiap doa. Dia yang menggerakkan hati setiap insan untuk berdoa. Dan Dia juga yang akan mengabulkan setiap doa. Matematik budak sekolah rendah. Dia yang mahu mengabulkan, Dia yang menggerakkan hati untuk berdoa, Dia juga yang menyuruh untuk berdoa. Apa lagi jawapan yang tinggal.. Yang sebenarnya Dia sememangnya mahu mengabulkan dan memberi mu apa hajat mu itu. Tinggal kita... Bagaimana kita mahu bersangka baik dengan Dia.. Kerana tiada yang durjana yang dianugerahkan Dia kepada kita.. Tuhan itu bekerja dengan penuh rahsia. Tuhan itu tak pernah mungkir apa yang dikata. Tak usah dipaksa Dia mengikut kehendak kita kerana kita memang pada fitrahnya makhluk yang rakus.... Terima kasih Tuhan... [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Refuse to refuse

Its been a week since she gone. Senang cerita, saya masih tak mahu menerima kenyataan. Bengong I am kan? Saya masih mahu berfikir, its ok, nanti raya balik je la rumah alang. Nanti balik kampung, duduk-duduk lepak-lepak dekat pangkin tu, nanti alang datang la bawa air macam selalu. Tak de apa yang berubah. Nothing. None. Bengong kan? Sangat. Takut sebenarnya nak balik kampung. And when I 'sent' her away last week, tak ada setitis pun air mata yang jatuh. Saya menolak untuk mengaku itu dia. Its not her. And I was so cool.. Until now. Because I'm still refusing to admit that she's gone. She's not here. And the house is now empty. Again.. I know I have to face it. Stop denying. I will.. I will.. I promise you.. I'm collecting every piece of strength i found and I will stand again. I will.. I promise.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

lai lai

Ini cerita kahwin. Satu hari nanti, andai saya berkahwin, i wont make any announcement at any kind of social network. Not fb not twitter not even this blog. Saya nak jemut sendiri tetamu-tetamu saya. One by one. Maybe with helps from close relatives and friends. kenapa? Tak de la ape sangat. it just a  matter of feeling. perasaannya lain. Biarlah tetamu yang datang tu nanti datang dengan rasa meraikan dan pulang dengan rasa diraikan. (^^) ok.. itu angan2 saya. Jadi, kalau ade tibe2 invitation ke announcement kat fb tu nanti, tak payah percaya. Kemungkinan ade orang buat onar.. haha  [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Protected

My pray. May it stop if it should. . . . . . And it stopped. Because it should. Thank you Allah. For protecting me. Always. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Feeling defect

Honestly, I don't know who you are. I don't know how it gonna end. I don't know how this gonna be. I know nothing. . . . . . . . . But For the time being At this very moment Just let me feel the feel. It will stop if it should. At the right place, right time. But For this very moment, Just let me feel the feel . . . . (o^^o) [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Hari itu giliran kamu

Segalanya punya aturan. Punya giliran. Mati juga punya giliran. Giliran yang tak siapa tahu. Takut bukan? Am missing the unreachable someone. Will I be missed too when my turn comes? May Allah bless and mercy be with you dear.. Alfatihah.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

I'm Yours

Semalam kawan baik saya cakap, "Dah la hana.. Aku tak nak tengok ko sedih lagi nanti.. Buka hati untuk orang lain ok? Tak payah yang ni. Jadi drama nanti" Saya......... pernah terbaca satu artikel ke hape ke tah. Tak ingat. Artikel tu cakap, cerita-cerita cinta, novel-novel cinta, drama-drama cinta, filem-filem cinta, cuma 20% cerita bahagia. Yang lebih 80% kisah-kisah duka lara, air mata, tragis dan tiada gembira. Sadis. Tapi bagi saya, Cinta tu  asalnya dari syurga. Suci, indah dan bahagia.  Mungkin kita tersalah menggunakan cinta. Kerana itu merana.. Kan? Manusia bersedih di atas sebuah kehilangan. Walhal, tiada apa di atas muka bumi ini dimiliki manusia. Tiada pemilikan maka tiada kehilangan. Perasaan memiliki tu bahaya sebenarnya. Perasaan dimiliki oleh yang tak abadi pun sama bahaya.  Kan? Dah tak tau nak tulis apa. Haha Masa punya kuasa. Kerana itu wujud surah demi masa.. Kan? Let the rain  time wash away all the pain I felt yesterday.. Ok? [How ...

5 tahun lagi -pukul 1 pagi-

Pukul 1 pagi Malaysia. # Mama mesej bagitau alang koma. Tengah fikir2 nak ambil cuti start esok ke lusa.. Balik kampung la beb. Ingatkan diri mu.. Jangan terlalai dengan kerja. Selalu tengok dalam cerita Jepun, at one point, lelaki ni lepas puluh2 tahun, baru melutut balik depan family sebab sibuk sangat kat ofis sampai semua hal family tak ambil pusing. Tapi mama cakap, kena tunggu big bos cakap apa dulu. # Kawan tempat kerja saya cakap, trainer dia masa kem motivasi cakap, apa yang kita niatkan sekarang, akan tertunai dalam masa 5 tahun. Saya cakap lambatnya kena tunggu sampai 5 tahun. Fikir2 lagi, lepas saya dah grad, saya dah lupa nak set target. Patut la tunggang langgang.. haha.. 5 tahun.. Kalau saya ada 5 tahun lagi untuk hidup, lepas 5 tahun, apa sumbangan saya kepada perubahan dunia yang menjadi bekal dunia akhirat saya? hem.. # Saya nak ada peranan dalam politik dunia. Tapi bukan politician.. Besar tak cita2? haha Lepas tu saya nak hapuskan birokrasi mengarut yang menyu...

Selamat pengatin baru kata mereka

Tadi pagi, sejurus saya menapak masuk flight, beberapa orag cabin attendants menyapa saya " Selamat pengantin baru ".. Dan saya.. " Ha? pengantin baru? " Mereka.. " Ye. Selamat pengantin baru. ." Saya, toleh belakang kiri kanan. Tak de orang lain. " Saye? Pengantin baru? " Okeh.. Ini pelik. Dah la saya masuk sorang2. Lain la kalau tiba2 termasuk sekali dengan mamat lain ke. Make sense jugak la kan. Kot diorg nak tersalah faham. Saya tanya lagi sekali, " Saya? Pengantin baru? " Saya belek jari sendiri depan2 diorang. Tak de inai. Tak de cincin. Tak de tanda2 obvious untuk orang salah faham saya pengantin baru. Tengok saya dok terpinga-pinga depan pintu tu, encik pramugara cakap, " Eh tak pe.tak pe. Pergi la duduk dulu. " Nervous la kejap kan. Ntah2 ade siapa2 ke yang duduk seat sebelah saya. Ntah2 ada surprise tah hape2 ke. Ntah2..Ntah2... Ade pilot mana nak propose tersalah orang ke kan.. Ntah2 ntah2.. Banyak la nt...

Saya dan kamu

Saya punya 3 minat. Membaca, menulis, memerhati. Dan 1 kemestian. Bersukan. Dulu, sebelum bergelar minah kilang, azam saya ini. "Gaji pertama nak beli rak buku. Sebulan satu buku baru." Ikut saranan encik hamka yang pada hemat saya itu bernas. Tapi tu dulu. Sekarang? ergh.. Semua dah kena rampas.. Azam yang tinggal cuma mahu membeli rak buku. Satu buku sebulan? Baik nanti dulu. Ada sedozen buku yang belum tersentuh hingga ke helaian terakhir. Memerhati. Suka saya memerhati alam dan manusia. Kerana itu saya dianugerahi deria. Alam dan manusia sama-sama unik. Saya mahu menjejak segenap bumi Tuhan dan menyedut setiap titis ilmuNya. Haha.. Besar cita-cita. Tapi dengan waktu yang terbatas, sedut sahaja ilmu orang berilmu. Lebih efisien. Bersukan. Pelengkap gaya hidup sihat. Kalau kata budak usrah, pelengkap 10 muwassofat yang dicanang-canang tu. Buat tak buat, tu empunya diri sediri ingat. Nak tau lebih lanjut, pergi la google sendiri. Malas nak explain. Haha. Dan menu...

Siput sedut betul

Andai rindu itu punya rupa dan warna, apa agaknya ia? Hitam menawan? Putih salju? Merah garang? Kuning belang hitam harimau maybank? Biru plastik? Plastik? Plastik... Plastik... Plastik..! Tipu.. Rindu yang menipu.. Seperti plastik-plastik itu. Ungkap sekali lagi kata rindu. Bakal ku titipkan sedozen plastik-plastik buat mu. Plastik. Spastik. Hentikan segala madah splastik itu hingga bisa kau mengerti bagaimana rasanya kopi pekat hitam. Pahit. Kerana itu realiti. ok? Siput sedut betul semua ini. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Yang terakhir belum tentu yang tercorot

"Atiq.. tadi habis makan tak?" "erm...... ibu atiq jeles. tadi kat taman ada budak kacau ain" Berderai tawa seisi rumah. "Tak pe la Atiq. Lepaskanla. Bukan jodoh Atiq." "Tapi Atiq jeles sangat2." "Ala. Jalan Atiq jauh lagi. Nanti Atiq jumpa ramai lagi perempuan lain. Lagi cantik. Nanti dah jadi doktor ke ustaz ke, ibu pinangkan ain untuk Atiq kalau nak lagi la." Senyap.. "Ala.. Tapi Atiq ade itu aje.." Pecah lagi tawa seisi rumah. "Hish!! Awak tu baru aje sunat. Tak payah nak gatal bebeno." haha.. comel.. "Ibu.......Atiq nak kawin dengan kak hana la.." Adoi.... Kalaula... Kalaula manusia mampu selamanya sesetia sikecil ni.. mahu jadi yang terakhir....can i? [How people treat you is their karma, how you react is yours]

unwinding road

Sebulan menapak dalam dunia baru bekerja dan malaysia. Terlalu ganas dan buas untuk ditangani sendiri. - solution : tak payah kejar dunia Tak best la layout blogspot yang baru ni. Hmph... Manusia memang susah nak terima perubahan. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

The braver is the winner

Hari ni saya : OT sampai tengahari. Hantar carwash. Lepas hantar carwash, ada makhluk buat onar kat cermin kereta.. Pergi amik barang tertinggal kat sunway. Asyik kena hon (ada saya kisah?) Tak berjaya parking sebab ada lori parking tak senonoh. Parking idaman kena curi depan mata. Cakap macam shin chan. Tak ada intonasi. Masih patah hati. Tidur lepas asar. Disimpulkan, jangan tidur lepas asar.. Nanti gila. ps: Left..alone.. pss: Selamat hari mama.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Day by day

Its friday.. Friday Friday Friday... And its my birthday... hohohoho! Coming soon is Mother's day... [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Hati dan takoyaki

Boleh jadi kita bersedih dengan tercapainya sebuah keinginan.. Kerana kita dipandu kata hati.. Bukan kata Ilahi.. Memandu hati, perlu lebih berhati-hati p.s : hati ku tertinggal dalam takoyaki.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Isn't it awesome?

Entri ini saya tulis sebulan yang lalu.. ni baru dapat internet n baru terasa teringin nak post.. so, tadaima to me.. (^^) I've graduated. Alhamdulillah and now finally back for food eh salah good. Well, for the time being, for good. Starting a new life is not easy right. Even in your own country.-sigh- Saya, seorang pengguna jalan raya. A 1st step as a newcomer in malaysian society. Pengguna jalan raya berstatus pemandu kereta. erm.. Saya tak ade lesen motor tapi saya terer merempit.. haha.. Kali ni tak nak la ajak gebang pasal jam ke kena hon ke ke hentam belakang. Itu cliche. Banyak iklan pasal penunggang motor kan? Pasal macam mana diorang ni terer menyelit, pasal diorang ni terer terbang, bla bla. ok itu pun cliche. Selalu saya jadi driver mama pergi sekolah. Sebab nak pinjam kereta la tu selalunya. hehe Satu pagi jumaat ni, hujan lebat sangat. Sebabkan saya menghantar orang pegi sekolah, on the way balik rumah tu pun banyak la bertembung dgn mereka yg nk pergi sekolah, hantar...

you know what hatred is?

I should write something happier something nicer since I've graduated. I should write thousands words of gratitude and appreciation to thousands persons that involved. But right now, on this very moment, all i feel is this↓ うわっ!めっちゃむかつく!腹立つ!! あの立場で立ってるのくせにあんたって最低やわ 最悪!うわっ!最悪ではきそう [How people treat you is their karma, how you react is yours]

i wish you were here

Good morning world! Just wanna let you know.. I'm graduating today... (^^) Come and bring me lot lot lot flower of love.. okeh?? mmuahh... -out to sotsugyoshiki - [How people treat you is their karma, how you react is yours]

bukan hanya mawar yang berduri

capekk capekk.. ponat.. nearly 3 weeks balik msia, tak sehari pun berlalu dengan aman.. hoho adeeee je yang nak diuruskan. well, maybe its better that way.. balik nihon pun jgn harap la nk guling2 lenggang kangkung. kerja bertimbun menanti. (T_T) "The permission of the virgin is to be sought. And if she does not object, her silence is her permission." [Al-Bukhari, Muslim, and others] He who creates me understands me the most.. ( T_T)\(^-^ ) [How people treat you is their karma, how you react is yours]d

strange feeling put by a stranger

A strange feeling when you are standing in the middle of a conversation of two strangers and not being able to change your place.. And they are talking a language you can't understand. amik headphone, tutup telinga, off to my own world.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Jual beli dan riba

A : Cantiknye jam ni. Tapi tak de duit la plak nak beli cash... huhu B : Meh aku beli. Pehtu aku jual kat ko. Tapi aku jual tambah 5ringgit kat ko. Nak tak? A : erm... ok lah Ok.. ini jual beli dan ini halal. A : Cantiknye jam ni. Tapi tak de duit la plak nak beli cash... huhu B : Meh aku bagi ko pinjaman. Tapi ko bayar balik bunga 5 ringgit. Nak tak? A : erm.. ok lah ok.. ini riba dan ini haram. Sama tapi tak serupa. Yang lain cuma akadnye.. Interesting kan? Patut la dalam ayat surah al-baqarah:275 Allah berfirman yang bermaksud, "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

Berumah di tepi pantai

Tadi saya pergi bank. Nak buka akaun. Ni yang berlaku. "Akaun ni untuk ape?" "......." terkedu jap. Cari reason sesuai nak bagi. "Erm... nak masuk duit.." "HAHAHA.. memang la. untuk kerja ke, belajar ke, saje2 ke." "ooo.. saje2" "HAHAHA" okeh... kena gelak kaw2. cis "Number phone" Eh... tak kan nak sebut kot. Tak de borang ke? And bla bla.. Okeh. Now everybody dalam bank tu tau saya punya (mama punya) number hp, phone rumah, tinggal kat mana, status, dll personal info Hellloooo... kalau jadi ape2, saya saman awak tau. Kalau bank tu bising tak pe. Ini semua orang senyap macam tengah amik nota dalam kelas. No wonder Malaysia's crime rate is high. huh.. senang2 je orang boleh tau kita punya personal info... cis dan cis untuk bank berkenaan.. Tapi ok la sebab cik2, puan2, encik2 yang bertugas kat kaunter mana2 la sekarang dah pandai senyum n cakap sopan2.. I like.. (^^) Lagi cerita, Hari tu nak pergi lapor diri kat J...

selamat tinggal kasih.. sob sob

Mulai hari ini kena belajar cara hidup orang Malaysia. Seperti kalau pegi makan kat kedai, jangan letak handphone, wallet atas meja. jangan pakai sling beg then letak wallet dalam tu jangan pakai beg tak de zip balik sebelum gelap don't trust anyone don't talk to stranger keluar rumah, kunci pintu. selamat tinggal jepun. moga jumpa lagi.. sob sob [How people treat you is their karma, how you react is yours]

berjalan bersama masa

Erm.... sambung mengemas. tapiii... makin kemas, makin sepah.. apekah? ok. so itu tak dipanggil mengemas. itu dipanggil menyepah.. ergghh... macam mana nak mengemas kalau tak menyepah kan? kan? haha! yes menang sekarang baru la nak merungut. sapa suro beli sofa, sapa suro beli barang banyak2. kan dah susah nak pindah. kan? padahal sejak pertama kali jejak kaki ke sini memang dah tau akan balik semula ke tanah air bonda.. yang gatal pegi kumpul barang2 macam nak duduk sini sampai berjanggut tu kenapa cik hana? haha padan muka sendiri balik. ok membebel. bila dah sampai masa, baru sedar. selama ni tau, tapi pejam mata, tutup telinga, tipu diri sendiri. ye. saya berusaha walau bukan sedaya upaya hanya untuk berada di sini. tak mahu pulang (lagi). kononnya. but what for? sooner or later i have to. trying so hard to fit in. but what for? ayat biasa. ayat cliche. trying to fit a circle into a square. untuk apa? mungkin saya nampak seperti sudah bertapak, berakar di sini kan? nope. macam kiam...

random

The sky is soooo bluee and bright and clear and sooo pretty... Sejuk kat luar. So, i just laying and lazing under the kotatsu menikmati cantiknya langit biru.. Bilik saya sekarang lebih luas dan nyaman setelah segala perkara yang menyemak selama 4 tahun seperti katil, meja belajar (gaya orang dah tak nak belajar), almari baju dan lain2 dah dinyahhapus.. Jadi... sangat kimochi iiiii untuk golek2 atas carpet kesayangan.. wuuhuuu Now you know.. How I love this place. this room.. Ada lagi sebulan.. Hari ni kohai fav saya pindah rumah balik kampung dia.. zuruiiii ~~ Tapi, saya lagi zurui .. haha Masa diorang tengah busy dengan thesis, saya dah angkut semua barang keluar dari lab.. Saja suka nak tengok muka samishii orang ego tinggi.. hahaha! dan saya lagi zurui.. because I'm the one who'll leave.. dari pagi bingit2 kan telinga dengan radio malaysia.. saje nak amik mood balik malaysia. また会えるといいね rasa nak bela arnab la balik malaysia nanti.. adudududud... sakit2 badan main snowboar...

Bahagia ke?

Kenapa semua orang boleh pentingkan diri sendiri?? Bahagia sangat ke jadi orang yang pentingkan diri sendiri? Bahagia ke? bahagia ke? [How people treat you is their karma, how you react is yours]

The disfunctional me

Sekarang ni time cikgu2 tengah review thesis budak2 master. antara kejadian ngeri lately, Cikgu A: "Ape awak ingat dengan thesis macam ni awak boleh grad ke ha?" ni dari hujung koridor lagi dah boleh dengar.. Cikgu B: "Ni sampah kan? sampah kan? buang boleh?" Cikgu C: "Setakat thesis macam ni, budak undergrad lab saya punya thesis lagi bagus." hua~~~~~~~~ tengah tunggu masa je saya nih... pray hard bebeh... [How people treat you is their karma, how you react is yours]

My 2011 11 confessions

1) Saya tak bayar lagi bil2 gas, letrik, internet bulan 11 ngan 12. Sewa rumah bulan 12 tak bayar lagi. (haiii susahnya laaaa nak singgah konbini pong…) dah nak kena potong dah nih sebab tak bayar.. haha biar kan.. 2) Waktu interview kerja untuk satu company nih, orang tu tanye, ape yang awak tau pasal company nih. Apa yang saya faham dari soalan pak cik ni ialah, apa barang company ni yg awak tau dan apa yang menyebabkan awak nak kerja dgn kitorang. So saya pun cakap la, sbb sekeliling saya byk barang company incik dan bla bla bla bla bla…lepas tu, balik rumah, usha2 barang company berkenaan yg saya ada hanyalah hair dryer.. kikiki 3) 10 keping gakuwari (sejenis document yang digunakan untuk dapat diskaun perjalanan kalau naik train) dah habis saya guna by bulan 11.. wow! Impressive.. mana taknya, dah asyik ke Tokyo je………~ 4) Ada kesilapan besar dalam poster yang saya tampal masa conference kat satu gakkai nih yang mana kat conference tu kitorang (saya dan semua ...