Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Ingat senang ke nak bersyukur?

Sebagai ucapan tanda terima kasih, mak cik saya bawa kami semua keluar makan malam hari ni. Tanda terima kasih sebab tolong dia masa kenduri semalam. Kenduri gotong royong. Best weh.... Jimat pun jimat. Tapi sumpah penat. Hoho Tak baik tolak rezeki kan. Kitorang pergi makan dekat satu restoran ni. Quite besar, parking lot yang luas, seat banyak, menu pun macam-macam ada. Nak dijadikan cerita, maybe sebab kitorang order dalam quantity yang banyak, lambat la sikit kan. Bila dah lambat, and ada yang dah 'kebuloq', jadi mereka yang 'kebuloq' ni pun, order la makanan lain yang cepgat. Secara matematiknya, makanan yang diorder awal-awal tadi, bila waiter tu datang hantar, jadi la terlebih banyak. So one of my uncle mintak la waiter tu bungkus half of the food, tapau bawak balik. Pak cik saya ni, memang jenis cakap kasar evethough dia tak berniat pun. Dulu masa zaman budak-budak saya dah puas dah kena. Haha Saya nampak muka akak waitress tu dah kelat sikit. Penat. Tapi dia...

Hari ini

Hari ni saya rindu dengan budak-budak usrah masa saya belajar dulu. Saya godek-godek blog everyone of them. Tapi.. dah bertahun tak hapdet nampaknya. hoho Saya godek-godek blog AMIR. Saya godek-godek gambar lama-lama. Saya belek-belek buku nota usrah.. Rindu. Kbai. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Dunia dengan sempadan

Suatu hari, Saya : arghhh da dua hari internet tak de (sambil guling-guling stress) Housemate: aku kan ade ..............(krikk krikk krikk) Orang unifi tengah betulkan internet. Selalunya, bila internet tak ade, baru dunia realiti menjelma. Sebab, bila internet tak ada, saya: 1) read books! 2) read books! 3) go outside and meet peoples. 4) tidur awal, bangun awal, solat awal (=.=;) Mengantuk dah...

How can we be friend if we dont eat together?

Its her birthday, and i got the present. Thank youuuuu! The selfish me asked this superbduperb gemok i mean busy lady to write me my 500th entry as my birthday present. Nanti you balik kite koyo bawah pokok getah sambut your birthday ok! "friends are like stars, even they can not always been seen, but you know they are always there" ----------------------------------- I was browsing my yahoo mail, finding inspiration for your 500th blog post. Almost accidentally deleted all the emails. Nasib baik tak click OK. If not, hilanglah almost 2 years sweet memories of us. Cewah. Ahaha.  And what happened to your 10年後の私へ letter? I still remember my first impression of you. "Eh, macam Salmah" (Salmah was my friend in MZMS). But then, I hardly remember anything except for the loooooooooongggg meetings, your love with camera, your fight with Reya in class and melepak at your house (in TBP) in search for internet. Haha. (After 3 days) I lost my words. Dah tak tahu...

Tanya sama hati

Nanti suatu hari, kalau mentari tanya, "apa sudah kau bikin sama aku punya cahaya?", panas bhaiiiii.. Panas... Macam mana nak jawab soalan macam ni. Mungkin esok pagi aku masih hidup. Mungkin juga tidak. "Tuhan mu tak pernah lupa"

You actually want it to be that way kan?

When it comes to nice, there are 5 kinds of nice peoples: 1) Look like a nice person, but... 2) Look like a nice person, and... 3) Doesn't look like a nice person, but... 4) Doesn't look like a nice person and... 5) Others. Which one are we? You hate it when peoples judge you based on who you show you are. Man...what the heck is that?! Judge a book by its cover. Maybe it doesn't totally wrong. Malaysia is p anas. Literally. Phewww

Nasi basi. Bersyukurlah!

"Nah makanlah" "......." "Bersyukur la weh. Ada orang bagi makan nasi. Tuh tengok dekat negara lain. Kebuluran tau tak. Dah makan senyap-senyap. Bersyukur." Diam. Bagaimana harus dilakukan. Yang terhidang(?) dihidang(?) berupa nasi basi. Tak terjamah. "Ha nah! Nak sangat aku bagi makan kan. Makan lah!" Terasa maruah dipijak hancur. Faham? Bersyukurlah Malaysia masih aman. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Firaun dan suami

Overheard a conversation while having meal: "tu la. Sejak kawin ni, da kena la pakai tudung. Arahan husband kan. Kalau depan sedara x pe la." Wahai wanita yang makan kat sebelah meja i, bebaju kurung, bertudung litup. Janganlah dikau meng-firaun-kan suami mu. Walau syurga mu ada pada redha si suami, tapi dia tak lebih besar dari Tuhan mu.

Seize the moment

Kaki terasa ingin berdansa di tengah runtuhan hujan. Menghentak kaki di tengah lopak. Biar terzahir rasa ingin bebas. Mendongak ke langit dalam bangunan kaca. Berdoa yang mustahil. Dikurniakan kuasa telepati. Mudah. Tak perlu berkata-kata. Faham-faham saja. Dalam 4 musim, musim yang paling ku cinta adalah yang ke 5. Musim hujan.

Semusim bernama pagi

Isnin. Mendung. Tiada apa yang berbeza dengan ketara. Trafik sesak bukan dengan manusia. Dengan kereta. Segalanya biasa. Tol berbayar. Tak kurang walau sesen. Sempurna. Semusim yang bernama pagi. Sehari yang bernama isnin. Tiada apa yang berbeza dengan ketara. Isnin biru. Monday blues........ Ps: sejak tengahari ahad da rasa tak sabar dah habis kerja hari isnin.

Being bad to the bad

Sekarang, saat ini, dalam hati, sekuat-kuatnya sedang berteriak, PADAN MUKA! Heh lelaki. Tak semua sama tapi tak semestinya berbeza. Menanti saat ku bisikkan "hei.. Rasakan.. Feel the pain" Haha! Psiko tak saya? Mintak maaf. Untuk sekali ini saja. Kerana telah lama terpendam. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Macam tunggu remy ishak datang meminang

Luahan seorang teman "aku kerja macam nak gila naik seciput jek.. Arghh!" Luahan teman yang lain di dinding facebook "untung million2, gaji CEO billion2, aku yang kerja macam tak cukup tanah gaji seciput" Blaaa blaaa.. dan banyak lagi. Sesak.. dan semak.. Bukan dengan luahan demi luahan. Tapi dengan semua putar belit dan tipu daya manusia tamak haloba. Timun macam saya manakan mampu mengubah sistem dunia. Arh! Semak! Persetankan semua tu. Sebab Allah cakap, dunia tak lain hanya sebuah tipu daya. Dunia tak lain hanya permainan. Dunia tak lain hanya sementara. DUNIA HANYA SEBUAH TIPU DAYA.. Jadi buat apa mengharapkan keadilan dalam sebuah tipu daya.. Macam tunggu remy ishak datang meminang. Ehem.. Peribahasa baru. Memang tak mungkin la kan. (Tssskkk) Maka, marilah kita bekerja dengan ikhlas dan jujur seadanya. Hidup seadanya. Mengutip bekal akhirat di dunia. Sebab dunia hanya sementara. Besar rupanya makna "dunia hanya sementara" ni. Mampu meredak...

Possible mission

Hujan dan sungguh nyaman bergolek-golek di tengah-tengah ruang tamu. Ditemani bau hujan dan laksa cik yah jiran sebelah. Menggoda. Saya membesar dengan bau laksa ini. Satu-satunya laksa yang saya terima sebagai lazat. Mama tak tau buat laksa katanya. Kalau mama buat laksa, mesti laksa cik yah jatuh nombor 2. Adusss.. Petang ni wajib beli. Kalau beli laksa dengan cik yah dekat bazar, dapat seplastik je. Kalau beli atas pagar rumah, dapat satu jag kuah, dengan satu tupperware laksa. Saiz tupperware bergantung dengan tupperware apa yang kitorang hulurkan. Ngeheee.. Okay nak sambung golek-golek.. Petang ni misi beli laksa! Ruang tamu rumah mama. 4 Ramadhan

Mirage

PC is working extremely super slow right now. I'm wearing blue. I dont like blue. I love when its rain. It is raining this morning. Bos was late. I was late too.. Ramadhan kareem everyone . 2 Ramadhan 1434 Cyberjaya

Happy the end of the weekend

Out of disappointment, frustrated and all the negative emotions I'm feeling right at this moment, I shut all the possibilities doors and cut all the connections. All those beautiful motivation quote are not more than just a beautiful phrase of lie. I hate monday! And all the content.

Kau tunjuk ku jalan ke syurga

Suatu hari waktu maghrib, beberapa belas tahun dulu, mama baru sudah solat. Saya duduk tepi katil tunggu. Saya : mama, nanti kat akhirat along boleh jumpa mama lagi tak? Mama : insyaAllah boleh Saya : boleh jumpa abah tak? Mama: insyaAllah boleh Saya : adik-adik Mama : insyaAllah boleh Saya : kalau tak jumpa macam mana? (dah nak nangis) Mama : tu la. Orang suruh solat, liaaaaat aje... boleh.. Kalau along tak tinggal solat. Terus saya pergi ambil wuduk dan sejak itu saya belajar untuk tak tinggal solat lagi. Mama, terima kasih! Benar, kasihmu menghantar ke syurga. Selamat hari ibu!

Kerana sudah terbiasa

On the way pergi kerja pagi tadi, lambat macam biasa, jalan sesak macam biasa, hari dah cerah macam biasa. Tapi pagi ni, sayup jauuuuuhhh di hujung highway, baru perasan ada bukit bukau. Berbulan-bulan, setiap hari lalu jalan yang sama, pagi ni baru perasan. Cantik. Ada matahari. Ada kabus pagi. Sejak berabad bukit itu, matahari itu, kabus itu setiap hari wujud di situ. Macam biasa. Menunggu insan yang setiap hari-harinya biasa berada di situ untuk sedetik merubah kebiasaan lalu sedar wujud mereka yang seperti kebiasaanya di situ. Adakala, kita terlalu beria memelihara yang wujud di depan mata sampai terlupa untuk mengangkat muka, biar hingga saujana mata memandang. Mungkin di depan ada yang lebih baik. Macam... Dunia dan akhirat Saat di kebiasaan, kita temui ada kelainan, mungkin kita sedang meraih yang luar biasa. Mungkin.. Lusa dah 1 Rejab

Tiada henti

Suatu tempoh, terkadang kita seolah hilang punca. Kabur arah tuju. Jati diri tenggelam dalam meraih azam. Saat itu, mungkin kita perlu membeku sesaat, merenung sejenak. Sepanjang perjalanan ini, di mana tertinggal iman ku? " Go find and reclaim your heart" [P58]

Mohon izin bertamu

Hujan. Guruh. Kilat. Tapi itu diluar. Nak balik rumah, kunci tak ada. Waktu-waktu macam ni baru la terasa nak duplicate kunci kan. Tapi fikir-fikir balik, kalau ada kunci, kompem tak datang lepak sini kan. Jadi... Saya tangguh dulu la. Separuh alasan. Ngehehe. Sini.. Damai.. Di rumah berkubah bermimbar ini, damai. Biar ribut menggila di luar. Sekali ini, biar saya hanyut dengan damainya di sini.. [ Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ]

Sendiri memikir

Terasa dah lama tak mencoret dengan hati. Selalu hanya menulis dengan realiti. Hambar. Tulisan dari hati pantas akan menuju ke hati. Kan dari mata jatuh ke hati? Kadang-kadang telatah hati sukar difahami. Biasa. Minda ibarat sang teruna hati ibarat sang dara. Saling tak memahami. Mungkin di situ peranan akal. Ini tulisan dari hati? Tak mungkinlah. Hanya tulisan dikala tertinggal sendiri.

The perfection that I hate

Genap setahun saya menapak ke alam pekerjaan. Meninggalkan comfort zone sebagai seorang pelajar. Berjumpa dengan ramai orang, bergaul, memahami. Dan sekarang saya faham. Selama ini dalam tak sedar, saya terlalu mendambakan kesempurnaan. Perfection. Di mulut, di hati gah berbicara, tak kan ada apa yang sempurna. Manusia mahupun ciptaannya. Yang sempurna cuma Dia dan ciptaanNya. Tapi hakikatnya saya pantas menolak apa saja yang tak kena dengan selera dan kehendak. (tampar diri sendiri) Manusia, tak mungkin ada yang sempurna. Manusia cuma mampu belajar untuk menerima ketidasempurnaan itu dengam sempurna. Saya sedang belajar itu.

Berjalan menuju syurga

Its weekend everyone.. (^^) Tak mungkin saya nak menulis "well.. tiada apa yang menarik minggu ini" sebab bagi saya setiap detik hidup dunia adalah pengalaman baru. Perkara baru. Terpulang bagaimana kita memandang setiap detik yang berlalu itu. Dulu seorang sahabat pernah berkata, "jangan cakap membazir masa sebab kita tak tahu saat yang mana yang berkat, saat yang mana ada rahmat Allah.." oh.. I love her. So, nikmati setiap detik kalian..! Have a bless weekend everyone! Bye saya nak gi jalan.. Doa orang musafir kan makbul~~ [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Dream factory

hep! lama dah tak mengarut. Rindu plak dengan blog sendiri. Mengada tak? Hihi.. Orang cakap, first job is like first love. Rarely last, but always have a special place in our heart. Saya dah tukar kerja. Alhamdulillah.. Mungkin rezeki saya dah habis kat tempat kerja lama. Saya redha. Notis seminggu. Mungkin ada yang terasa tamparan hebat. Ampun maaf kalau ada yang terluka. Semoga semua orang bahagia. Apa yang berlaku, itulah yang terbaik. Kena percaya. Sebab Allah tak menjadikan segala sesuatu itu sia2. Allah Maha baik dan hanya memberi yang terbaik. Jadi.. Mari bersangka baik. So much things happened during this period. Love, pain, tears, laughter, friends, true friends, emotion, struggling, success. Padat dengan drama. Well, life is a drama after all. Tempat kerja sekarang memerlukan saya memandu agak jauh dari sebelum ni. The good point is, saya lebih banyak masa memikir. Bahaya kan orang cakap.. Tapi, so far, ok lagi. Nanti dah terkena baru nak terngadah kan. Ermm tak pe. I...

Biarlah rahsia

Berapa banyak rahsia kita ada? Rahsia yang disimpan sendiri? Rahsia yang disimpan dengan seorang orang yang paling dipercayai atas muka bumi ni? Rahsia yang dikongsi dengan 2 orang yang paling dipercayai atas muka bumi ni? Rahsia yang diceritakan kepada 3 orang yang paling dipercayai atas muka bumi ni? Cukup. Prinsip saya kalau lebih 3 orang, tu da tak dikira rahsia.. Banyak. Berapa pula rahsia yang kita kongsi dengan Yang Maha Mengetahui? Ihii Tak payah share kan. Dah confirm la Dia tau. Pernah tak suatu saat, hati terasa sangat nak berkongsi cerita dengan mana2 manusia. Tapi tak mampu. Mungkin malu. Mungkin takut. Dan akhirnya berputus asa lalu tersenyum. Hati berbicara "tak apa lah. Biar ia menjadi rahsia aku dengan Rabb ku" Rahsia kita berdua. Tak siapa yang lain tahu. Tak ke sweet gitu..  (o^^o) Sweet thing does happen honey..

Where the heart rules

At one point, when I felt so damn tired of every single thing, every single thing that is happening around me, all I could think is quit. Quit quit quit. Derrr... And I'm so damn tired.. I need a break. Allow me to.

Jangan kau persoalkan siapa di hati ku

Akhirnya... Saya dah grad dari handphone berkeypad dan menyertai golongan smartphone.. oho~ Dulu masa kat nihon, semua orang sibuk2 tukar iphone, tapi saya tetap dengan handphone berkeypad. Alasan mudah.. Tak perlu iphone/smatphone kalau setakat nak bukak fb. Handphone berkeypad pon boleh~ Ok.. Berlagak. Ngeheh Balik malaysia, semua orang sibuk dengan S3 la iphone la bla bla.. Saya? Erm.. Handphone murah sudah.. Prepaid plak tu. Mama cakap gini.. "Engineer kedekut..! Tudung pun nak 5 ringgit" Haha. Ok la tu mama.. Simpan duit kahwin. Wooppss...  Tapi tapi tapi tapi.. Tu dulu. 3 hari lepas, saya dah grad.. Tahniah untuk diri sendiri. Masa awal2 balik Malaysia hari tu, sengaja saya pilih prepaid. Sebab... 1) Tak tau telco apa yg best kat Malaysia. So kalau pakai prepaid, rasa tak best kang boleh tukar. 2) Saya tak sure nak tinggal berapa lama kat Malaysia. Sekarang saya dah tukar postpaid. Boleh cakap itu benchmark saya. After almost 1 year. Saya mahu beri peluang untuk di...

2 engineer dan channel tv

Minggu ni, sepanjang minggu saya dengan housemate cuba nak tukar channel tv tak boleh. Sebabkan rumah kami pakai unifi, kalau nak tukar channel, kena guna remote je (setakat yang kami tau la). Sepanjang minggu kami hanya menatap tv9. Nasib baik stuck kat tv9. Kalau tv8, confirm lepas tu terror cakap cina dah. Tapi..tapi..tapi.. sebabkan housemate yang fanatik dengan AJL, maka kami, 2 orang engineer ni berhempas pulas la mencari jalan penyelesaian. Sebab..Nak tengok AJL kat tv3. Ye! Kami telah membeli sedozen bateri saiz AAA dengan harapan, yang problemnya adalah bateri remote control berkenaan. Lepas tukar beteri.. . . . . . . . Tak boleh.. Tak boleh.. Tak boleh.. Lepas tu, housemate try la off lepas tu on balik hypp tv punye power source. Then saya pun try la tukar channel. . . . . . . . Berjaya.. Berjaya.. Berjaya.. Ye rakan-rakan. 2 orang engineer (Sorang tu RnD siap) telah membazir RM12.99 membeli bateri baru dan bertahan seminggu tanpa menukar channel tv s...

Maaf itu baik untuk jantung

Maaf : 4 huruf, 1 perkataan, sukar digunakan. Hari ini, saya belajar memaafkan... dan jangan simpan dalam hati. "Maafkan saya" dan "Maafkan kamu".. Sama-sama mulia tapi makamnya berbeza. Bukti? Ini ” …..dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (QS. An Nuur [24] ; 22) Kita maafkan orang, Allah ampunkan kita. Apa lagi mau~ Dengan memaafkan kesalahan semua orang setiap kali sebelum tidur pun boleh masuk syurga tau. Oh! Kena peruntukkan waktu untuk muhasabah diri sebelum tidur ni. huhu Nak memaafkan, sangat susah! I admit it. Tapi.. Hidup dengan perasaan benci, sakit hati, dendam, lagiiiiii ganda-ganda susah. Memaafkan dan berlapang dada. Forgive and let go. Well, cakap senang. haha Hello bro.. Masuk syurga ingat free ke? Tengok wayang pun kena bayar tau.. OH! Saya kerja esok! Lupa.. Tak pe bos.. Saya maafkan anda kerana memaksa saya bekerja di...