Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

5 tahun lagi -pukul 1 pagi-

Pukul 1 pagi Malaysia. # Mama mesej bagitau alang koma. Tengah fikir2 nak ambil cuti start esok ke lusa.. Balik kampung la beb. Ingatkan diri mu.. Jangan terlalai dengan kerja. Selalu tengok dalam cerita Jepun, at one point, lelaki ni lepas puluh2 tahun, baru melutut balik depan family sebab sibuk sangat kat ofis sampai semua hal family tak ambil pusing. Tapi mama cakap, kena tunggu big bos cakap apa dulu. # Kawan tempat kerja saya cakap, trainer dia masa kem motivasi cakap, apa yang kita niatkan sekarang, akan tertunai dalam masa 5 tahun. Saya cakap lambatnya kena tunggu sampai 5 tahun. Fikir2 lagi, lepas saya dah grad, saya dah lupa nak set target. Patut la tunggang langgang.. haha.. 5 tahun.. Kalau saya ada 5 tahun lagi untuk hidup, lepas 5 tahun, apa sumbangan saya kepada perubahan dunia yang menjadi bekal dunia akhirat saya? hem.. # Saya nak ada peranan dalam politik dunia. Tapi bukan politician.. Besar tak cita2? haha Lepas tu saya nak hapuskan birokrasi mengarut yang menyu...

Selamat pengatin baru kata mereka

Tadi pagi, sejurus saya menapak masuk flight, beberapa orag cabin attendants menyapa saya " Selamat pengantin baru ".. Dan saya.. " Ha? pengantin baru? " Mereka.. " Ye. Selamat pengantin baru. ." Saya, toleh belakang kiri kanan. Tak de orang lain. " Saye? Pengantin baru? " Okeh.. Ini pelik. Dah la saya masuk sorang2. Lain la kalau tiba2 termasuk sekali dengan mamat lain ke. Make sense jugak la kan. Kot diorg nak tersalah faham. Saya tanya lagi sekali, " Saya? Pengantin baru? " Saya belek jari sendiri depan2 diorang. Tak de inai. Tak de cincin. Tak de tanda2 obvious untuk orang salah faham saya pengantin baru. Tengok saya dok terpinga-pinga depan pintu tu, encik pramugara cakap, " Eh tak pe.tak pe. Pergi la duduk dulu. " Nervous la kejap kan. Ntah2 ade siapa2 ke yang duduk seat sebelah saya. Ntah2 ada surprise tah hape2 ke. Ntah2..Ntah2... Ade pilot mana nak propose tersalah orang ke kan.. Ntah2 ntah2.. Banyak la nt...

Saya dan kamu

Saya punya 3 minat. Membaca, menulis, memerhati. Dan 1 kemestian. Bersukan. Dulu, sebelum bergelar minah kilang, azam saya ini. "Gaji pertama nak beli rak buku. Sebulan satu buku baru." Ikut saranan encik hamka yang pada hemat saya itu bernas. Tapi tu dulu. Sekarang? ergh.. Semua dah kena rampas.. Azam yang tinggal cuma mahu membeli rak buku. Satu buku sebulan? Baik nanti dulu. Ada sedozen buku yang belum tersentuh hingga ke helaian terakhir. Memerhati. Suka saya memerhati alam dan manusia. Kerana itu saya dianugerahi deria. Alam dan manusia sama-sama unik. Saya mahu menjejak segenap bumi Tuhan dan menyedut setiap titis ilmuNya. Haha.. Besar cita-cita. Tapi dengan waktu yang terbatas, sedut sahaja ilmu orang berilmu. Lebih efisien. Bersukan. Pelengkap gaya hidup sihat. Kalau kata budak usrah, pelengkap 10 muwassofat yang dicanang-canang tu. Buat tak buat, tu empunya diri sediri ingat. Nak tau lebih lanjut, pergi la google sendiri. Malas nak explain. Haha. Dan menu...

Siput sedut betul

Andai rindu itu punya rupa dan warna, apa agaknya ia? Hitam menawan? Putih salju? Merah garang? Kuning belang hitam harimau maybank? Biru plastik? Plastik? Plastik... Plastik... Plastik..! Tipu.. Rindu yang menipu.. Seperti plastik-plastik itu. Ungkap sekali lagi kata rindu. Bakal ku titipkan sedozen plastik-plastik buat mu. Plastik. Spastik. Hentikan segala madah splastik itu hingga bisa kau mengerti bagaimana rasanya kopi pekat hitam. Pahit. Kerana itu realiti. ok? Siput sedut betul semua ini. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Yang terakhir belum tentu yang tercorot

"Atiq.. tadi habis makan tak?" "erm...... ibu atiq jeles. tadi kat taman ada budak kacau ain" Berderai tawa seisi rumah. "Tak pe la Atiq. Lepaskanla. Bukan jodoh Atiq." "Tapi Atiq jeles sangat2." "Ala. Jalan Atiq jauh lagi. Nanti Atiq jumpa ramai lagi perempuan lain. Lagi cantik. Nanti dah jadi doktor ke ustaz ke, ibu pinangkan ain untuk Atiq kalau nak lagi la." Senyap.. "Ala.. Tapi Atiq ade itu aje.." Pecah lagi tawa seisi rumah. "Hish!! Awak tu baru aje sunat. Tak payah nak gatal bebeno." haha.. comel.. "Ibu.......Atiq nak kawin dengan kak hana la.." Adoi.... Kalaula... Kalaula manusia mampu selamanya sesetia sikecil ni.. mahu jadi yang terakhir....can i? [How people treat you is their karma, how you react is yours]