Ogos beb! Makin kurang pulak entri. Ini pengakuan terlampau. Sampai sekarang, saya belum jumpa apa kelebihan dalam diri yang mampu saya tulis dalam resume dengan yakin. Konon 'can work under pressure' - Tipu Konon 'can work under minimal surveillance -Tipu Konon 'decisive' - Tipu besar Konon 'optimistic' - Mungkin bla bla bla.. Dan segala macam tipuan menggoreng. Kalau saya jadi staff HR, mesti ramai yang tak lepas. Al maklumla segala ayat-ayat kelentong copy paste dari google saya dah hafal. Cuma.. satu kebolehan diri yang saya treasure. Tak sehebat, tak sefofular, tak ada apa-apa. Tapi bagi saya ia berharga. Menulis. Tak segah mana. Tapi itu je yang paling saya ada. Kalau itu pun saya dah tak nak buat, apa lagi yang tinggal? Ini... merepek dah kan. Haha. Al-kisahnya sebab saya nak cuba menulis balik. Ohhhh mampu ke? Untuk menulis kena double up effort membaca. Tsskk Memberi ruhi kepada tulisan. Ingat senang ke ha? Kun fayakun kata Tuhan. ...
"Bercerita secara lisan membuat aku letih" - Ramlee Awang Murshid