Erghhh~~ Kadang-kadang saya rasa sangat tertekan sebab tak dapat menulis apa yang sangat ingin ditulis. Sebab yang sangat ingin ditulis itu perkara2 yang saya sangat ingin orang lain baca. Sha meluahkan perkara yang sama. Dan kami, sama2 memendam rasa sebenarnya.. Argh~~~~~~! Semalam.. Saya sangat bad mood sebenarnya. Menurut ajakan abah untuk makan di satu gerai ini saya kira mungkin suatu kesalahan. Saya sudah sedia maklum bahawa makhluk-makhluk di gerai itu, erm.. tak perlu diterang secara lanjut. Cukup sekadar mengatakan saya tak gemar makan di situ sebenarnya. Patutnya saya beritahu saja abah. Boleh ke gerai lain. Tapi, saya cuba bersangka baik. Mungkin gerai itu sudah bertukar tuan. Sangkaan saya terbukti meleset. Usai makan, abah bangkit, diikuti dua orang adik saya, mama juga bangkit. Saya tahu. Mereka juga geram. Tinggal saya yang masih tak berpuas hati, enggan bangkit. Hampir saja terluah kemarahan saya di situ. Mujur mama cepat mengarahkan saya bangun. Mengesan ada perkara k...
"Bercerita secara lisan membuat aku letih" - Ramlee Awang Murshid