Skip to main content

Ke mana ye?

Wargh~~
Ketensenan yang mencengkam kepala otak membuatkan aku sangat terasa ingin keluar dari bumi Osaka dan merasai suatu suasana yang berbeza~ Ke Mesir mungkin~ atau ke Jordan. atau ke mana sahaja di mana aku dapat merasakan suasana roh-roh Islam wujud dengan kuat di hati sanubari setiap insan di situ. Di mana aku dapat mendengar azan dilaungkan, bertebaran ke segenap penjuru alam.. Sebagai tanda jemputan 'Mari ber-dating' dari Yang Maha Esa..
Serentak itu juga, manusia berduyun2 bergerak ke masjid sebagai memenuhi jemputan istimewa itu.. uhu~~~

Dan pengalaman berhadapan dengan berbagai kerenah dan perangai manusia kebelakangan ini membuatkan aku lebih menghargai dan berterima kasih kepada-Nya kerana menganugerahkan pada ku kamu,kamu,kamu dan kamu, sahabat2 yang sejak dulu sering bersama aku mengharungi jatuh bangun dalam hidup.
Bukan jatuh bangun yang biasa.
Terima kasih kerana sering bersama aku di saat2 aku menghadapai waktu2 sukar menghadapi jatuh bangun nya tahap keimanan.

Thank you Allah 4 letting us together.
Thank you Allah 4 tying our heart together.
Thank you Allah~
Dan kini, aku semakin menghargai dan bersyukur kerana dikurniakan housemate yang best! (^-^)y
Aci, ganbarimasyou~~!!!

Comments