Skip to main content

Luahan Cuti Summer

Sekarang saya sedang berada di 生田(Ikuta). Tumpang umah Izyan jap since tempat robocon(Robot contest) tuh paling dekat ngan umah Izyan. Nyway, x de la dekat sgt. 40 minit gak la nek densha. Lepas sekian lama jadi tuan rumah, sekarang bermulanya era saya jadi tetamu lak. hehe.. jaga la korang sume~~ hihi..

Wa.. sedar x sedar, Ramadhan da makin hampir kan. Terbaca ym seorang kouhai td meminta meminta mana2 senpai yang ada pengalaman lucu sepanjang Ramadhan. Pengalaman lucu? Mungkin x de(atau da x ingat).. :p Tapi apa yang penting, Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti2kan. Di dalamnya ada rahmat, di dalamnya ada keampunan, di dalamnya ada pemakbulan doa. Di dalamnya ada segala yang dimahukan seorang hamba dari Penciptanya. (-_-) Ya. kerana kita hanyalah hamba.

Teringat saat ber-Ramadhan bersama sahabat2 di MAIS dulu. Sahur, berbuka, ber-bazar Ramadhan ;p, bertarawikh, ber-more bersama. Manisnya Ramadhan bila disambut bersama manisnya ukhwah. (^^)

Natsu yasumi yang panjang sedar x sedar da tinggal separuh. hem.. Ada beberapa isu menarik yang timbul sepanjang separuh natsu yasumi nih. hehe. x semua boleh dibincangkan secara terbuka though. (^^)!

Sebelum nih saya tertanya2, betul ke kita x payah merancang apa2 dalam hidup ni? Berserah dan berdoa je pada Allah. Sebab Allah kitto da merancang yang terbaik untuk kita.Betul ke macam tu? Agak lama saya berjalan, merantau(ahaha...) mencari jawapan nih. Akhirnye jumpe gak.. (^^)y syukran ya Allah..

Kita perlu dan mesti merancang. Kita perlu dan mesti berusaha memenuhi apa yang kita rancangkan. Dan setelah itu barulah serahkan kepada Allah untuk menentukan. erm.. dari segi teorinya memang semua orang tau pasal hakikat ni kan. Kita merancang, Allah menentukan. Tapi sejauh mana lingkungan perancangan kita tu sebenarnya. Maaf. Mungkin sudah memang sifat saya. Hanya mahu belajar, terlekat di kepala dan hati tatkala sendiri sudah merasai. Agak degil barangkali.(^^)!

Saya dah merasa suatu perjalanan hidup tanpa perancangan yang teliti. Walau sehari cuma. Menyeksakan. Mujur x menjejaskan hidup mati ku.. Ehehe..

....Mari duduk bersama kami, kita beriman sejenak....

Comments