Skip to main content

Come on la..

Pernah tak korang dengar seseorang tu 'cut' solat subuh dia dari 2 rakaat, jadi 1 sebab
mengantuk tak bleh blah.. Tak pun, 'cut' solat maghrib dari 3 rakaat jadi 2 rakaat sebab
penat. Tak pun, tengah2 baca fatihah dalam solat, bley plak letak komik kat tempat sujud.
Sambil solat, sambil baca komik ar gitu. Nak hilangkan bosan la kot kononnya.. Pernah tak
dengar? Hampir boleh dikatakan tak pernah kan. Sebab, semua orang tau. Solat tu satu ibadat.
Come on la.. Common sense orang cakap. Tak kan nak main 'cut' solat plak kan.

Okeh.. Sekarang pernah tak korang dengar seseorang tu datang lambat kerja. Patut masuk pukul 9pagi, kang pukul 10 baru nampak batang hidung. Alasan, traffic jam la, tak pun, jam loceng tak bunyi. Lagi tak bleh bla, sebab buat qiam malam tadi, so bangun lambat.. oo.. Please..
Tak pon, balik kerja awal. Kang pukul 3ptg da cabut. Alasan, penat la.. Tak pun student. Ponteng2 klas, masuk klas lambat. ala.. Lumrah la tu kak.. Nama pun student. Otai sket2, apa
salahnye.. Kalau yang tadi common sense la orang tak kan buat, yang ni plak, common sense,
mesti la ada yang buat kan?

Well, well, well...
Kita ni beribadat waktu solat je ke?
Kalau macam tu, dalam sehari tak sampai sejam pun kita beribadat. Sedangkan,

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku" (Az-Zariyat: 56)

Nah.. Ibarat seorang pekerja yang disediakan sebuah office mewah, yang lengkap serba-serbi,
lunch pun ada delivery. Dengan syarat, semua kerja dibereskan. Malang, that particular
worker tau nye, buat kerja sejam je, the rest, main game. Kalau kita ni jadi bos, da lama
orang tu di-terminate kan. hehe

Same here. Allah bagi kita segala macam nikmat, segala macam kelengkapan, tanah yang kukuh,
tak goyang2, so that manusia bley la jalan dengan selesa. Lembu2, ayam2, yang rela
disembelih untuk manusia ni makan, dengan itu manusia sihat, dapat la buat tugas dia kan.
Tapi tiba2, sejam je manusia beribadat. How come? Abis tu kalau solat, puasa, baca quran tu
je ibadat, manusia nak duduk atas sejadah 24 jam ke? Hihihi..

Idok ler....Apa kata, kerja seharian yang kat office tu, jadikan suatu ibadat. IKHLAS buat
sebab nak cari redha Allah. Macam mane menjadikan soat subuh 2 rakaat jadi 1 tu sesuatu yang
tak masuk akal, same la dengan bila jadikan kerja seharian suatu ibadah, bila belajar juga
satu ibadah, tak de la nak timbul hal2 'cut' meng'cut', ponteng memonteng kerja tu kan.
Common sense la katakan. Sape kata islam tu kolot? Islam tu duduk atas sejadah 24/7 je?

Cik-cik, encik-encik, tuan-tuan, puan-puan, datuk-datuk, datin-datin, tan sri puan sri
sekalian, islam bukan sekadar pada hal jual beli, diri runtuh masjid, nikah kahwin. Hatta
kalau nak menguap pun ada 5 hukum tau. 1) menguap jadi wajib kalau dengan tidak menguap tu
boleh menjadikan kita jatuh sakit, atau mendatangkan apa2 mudharat. 2) haram menguap kalau
menguap tu bertujuan menyindir atau menyakitkan hati orang lain. 3) makruh menguap dengan
mulut ternganga tak ditutup. (masuk lalat kang baru tau) 4) harus menguap iaitu kita boleh
menguap dalam keadaan duduk ataupun berdiri. akhir sekali, sunat menguap bila kita menutup
mulut dan mengucapkan ta'awuz. Dengan menguap pun boleh dapat pahala.. Ish..ish.. ish..
Baiknya Allah.. Maha Baik malahan..Dan semestinyalah Dia menyukai kebaikan.

Hora... Benda sekecil menguap pun ada 5 hukum, benda sekecil menguap pun ada panduan yang
Allah da gariskan. Apatah lagi hidup-hidup seharian kita. kan? Ayuh fikir2kan.. Bila tak
tahu, kita belajarlah.. Jangan biarkan dirimu dalam misteri~~~ ^^ Islam itu indah dan mudah
kawan..

Semua benda baik yang kita buat, boleh jadi satu ibadah. Alihkan duri kat tengah2 laluan ke,
senyum, maniskan muka. Apa2 benda yang baik yang kita buat dekat orang, itu dikira sedekah
kan. Berakhlak baiklah, pakai comel2,jalan sopan2, tak de la orang pandang umat Islam ni
comot sememeh je.. kan? ^^ Jaga imej sendiri untuk jaga imej agama Allah.. Jaga Allah, Allah
akan menjagamu ^^

p/s: ini peringatan buat saya sendiri juga..

[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments