Skip to main content

真っ白なカンバスにわがままな絵描こう

Suatu hari, tok mudim dan tok bidan bersembang..

Tok Mudim : Anak kome yang nombo due tu sekolah mane sekaghang?

Tok bidan : Teman sekolahkan die kat sekolah tahfiz nu ha.. Bukan ape.. Sejuk sikit mata ni ha. Hati pun senang. Bagus sekolah tu. bla bla bla bla (menceritakan perihal sistem sekolah anaknya).. Nak tengok gambo? Ade teman amik ni ha. Kot kot ada kawan2 nak tengok. Tapi sekolah tu tak amik ghame2. Ye le. Nak fokus katenye. Anak teman nasib baik.. Giri-giri safe~~~ Kate oghang jepun..


Tok Mudim : (dalam hati) Riak betul la dia ni..

Ehem2.. Itulah kisah perbualan dua orang teman baik. Selalu sahaja kata2 seorang sahabat ini mengingatkan saya.. "Islam itu saling melengkapi"

Ria' itu sesungguhnya benar2 berdosa. Malah Allah melaknat orang yang ria'. Amal orang yang ria' sikit pun tidak diterima. Bahkan menjadi dosa pula. Biar dia tonggang tonggek solat 24jam, namun kalau hati penuh dengan niat untuk ria', dosa jua balasannya.

Tapi kan Allah juga perintahkan hambaNya supaya jangan berhasad dengki. Mungkin saja Tok bidan sedikit pun tidak berniat mahu ria'. Mungkin juga perasaan sedikit dengki dalam hati Tok mudim membuatkan ia merasa bahawa Tok bidan ria'. Siapa tahu kan?
Jadi, kita manusia, jangan mudah melatah menilai insan lain. Nilai dulu hati mu. Kalau benar pun tok bidan ria', biarlah. Itu dia dengan Allah. Selagi dia tidak terang2an berperilaku ria'. Kita ini, biarlah berlapang dada, bersangka baik. Tak rugi pun kan? (^^)

p.s : watak2 di atas tiada kena mengena dengan yang mati. yang hidup ada sikit2.. Banyakkan jadi dalam hidup seharian kita. Tanpa kita sedar.. (>.<)

p.s2 : tadi pergi teman adik saya ambil result spm.. Tunggu mama balik sekolah terus dah alang2. Dipendekkan cerita, saya pergi beli air minum kat kantin. Terjadi perbualan yang best.

Saya : (senyum)
Mak cik kantin : (senyum) Dah ambil result dah? Berapa?
Saya : (terkulat2.. tak tau nak jawab apa.. senyum..) Dah amik dah. 5 tahun dulu..
Mak cik kantik : hahaha.. laaa ye ke...
Saya : (bunga2 berkembang.. hahaha.. ada rupa budak baru lepas spm lagi rupanya aku ni..)

[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments

366 日 said…
ces~nk cite perenggan akhir je rupenyer..sbb tu kasi upload inih pOst kah??wakkakaka..
Anonymous said…
x abes2..;p