Hari tu mintak sorang junior postkan sebuah hadis kat wall group fb. Saja... nak bagi dia buat pahala free sambil saya tumpang2 sekaki.. Tak lama lepas tu, baru teringat. Owh.. Sekarang dah ada non-muslim sorang dalam group ni.
Lalu otak saya berputar ligat membuat justifikasi. Betul? Salah? Dan saya cuba meletakkan diri saya di kedudukan teman yang tidak seagama itu. Malu sendiri... haha
Bukan apa.. Baru-baru ni kecoh semalaya tentang pengedaran Bible dalam bahasa melayu. adoyai~
Kata Malaysia negara bebas beragama. Take note : Bebas beragama bukan bermaksud murtad itu halal! Kata Malaysia negara bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dan saya percaya, dalam beragama menuntut penganutnya menyebarkan.
Jelitawan dan budiman sekalian... Chill... Tenang... Panik2 tak jadi cerita.. Demonstrasi.. Apa kes? Tau tak... Islam juga menuntut penganutnya menyebarkan islam.. YE!! Tuntutan! Kewajipan! Kita tak buat, kenapa melenting macam singa kena sebat bila agama lain buat? Dia melaksanakan tuntutan agama dia.. Tepuk dada tanya iman.. Tepuk2 quran buang habuk, buka, baca, renung... Aku dah tunaikan ke tuntutan islam?
Solat, puasa, zakat.. Semayang jumaat..Pergi masjid.. Penganut agama lain pun buat jugak.. Semayang.. pergi church. Puasa. Pergi kuil.
Bila mereka nak naik lagi satu tahap dalam agama mereka, menyebarkan a.k.a dakwah, kenapa nak melenting? Mereka nak naik pangkat iman jugak.. Kita??
Owh... Takut anak-anak murtad kalau baca bible?
Jelitawan dan budiman... Islam itu kalau sekali dah kenal, sekali dah cinta, sekali dah sebati, sekali dah terjatuh di hati, tak mungkin berpaling lagi.. Akidah kalau sekali dah berakar umbi di sanubari, biar habis bible dikaji dalam seribu bahasa.. Tak mungkin sama dengan penangan al-quran kalau dihayati sesungguhnya.. Sumpah tak tipu! Biar seribu kilo batu menghempap dada, Allah itu tiada ganti.
Basikal buruk berhabuk bawah rumah. Kita tak guna, kita tak jaga, kita tak endah, kita tak peduli. Sebab tu orang lain boleh ambil buat mainan.. Macam al-quran dan sunnah. Kita tak guna, kita tak jaga, kita tak endah, kita tak peduli.. Sebab tu orang lain boleh ambil buat mainan.. Bagi mereka, muslim sendiri tak jaga harta sendiri, tak jaga adab sendiri, jadi apa perlu mereka? Apa perlu mereka menjaga sensitiviti umat islam kalau umat islam sendiri tak menjaga sensitiviti sendiri? Lagi sekali, tepuk2 quran, buang2 habuk, tanya iman.. Kibas-kibas sejadah, lap-lap dahi, solat, tanya Allah..
Nak buang kanser, buang la puncanya. Bukan buang kulit.
Tak payah jauh-jauh, bising-bising, kecoh-kecoh buat demo..
Duduk diam-diam, tanya hati..
Di mana Allah aku tempatkan, di mana aku Allah tempatkan?
And you'll find the solution..
Biarpun tudungku kategori zaman silam, asal pemikiran bebas memandang.
Tidak mahu menjadi jumud dan kolot kerana itu bukan islam..
Ayuh sekalin.. Mantapkan akidah.. Modenkan pemikiran seiring dengan gaya dan gajet-gajet di tangan..
[How people treat you is their karma, how you react is yours]
Comments