Skip to main content

Dasar manusia suka beralasan!

ada sorang budak lab saya ni..
saya nak recommend : ada sapa2 nak buat menantu tak?
hahaha! tapi belum islam lah.

saaaangattt rajin dan pengemas dan lain-lain ciri-ciri, tambah sendirilah ye yang tuan puan rasa ciri-ciri idaman untuk tuan puan buat menantu.
sebelum balik, lap meja. siap bancuh air, n sejukkan dalam peti n semua orang pun boleh minum.
(tapi teh jepun tak yah bancuh. letak uncang je, siap. so, tak yah impress lebih-lebih)
kawasan yang semua budak2 ni dok duduk melepak2, beliau lah yang kemas dan susun cantik2.
dah cukup saya promote. kang kalau esok beliau datang buat onar, maka akan timbullah entri-entri yang tidak sihat. haha!

tapi saya tak de anak la plak nak offer buat menantu.
eh.. baby aci yang lahir semalam, baby boy la. ihihi

Ok sori... Ini merepek..
Mesti kohai tu panas je kan tengok meja saya. Mesti dia gatal je tangan dan kaki nak tolong kemas.. oh.. ke manakah menghilang saya yang tahun lepas yang meja sentiasa bersih dan kemas dan segalanya?

Itu namanya orang tak buat kerja.. Kutuk hati sendiri kepada diri sendiri
Tahun ni pun macam la buat kerja. Bela hati sendiri kepada diri sendiri.
Korang apa tau aku buat kerja ke tak. Marah hati sendiri lagi kepada hati sendiri.
Itu namanya alasan. Dasar manusia suka bagi alasan. Kalau MALAS nak kemas cakap je la... Perli hati sendiri lagi.
Ok fine!

Maka dengan itu, segala deria dan anggota saya kerahkan mengemas meja dan jeng jeng jeng! Setelah mengenepikan benda tersemak kat meja saya iaitu monitor yang rosak, saya sekarang mempunyai lebih space~~~~ untuk menyemak~~~ hahah! opsss

Baru saya tahu kenapa tahun lepas meja saya boleh kemas.. Sebab, saya ada meja sebelah untuk tumpang letak barang.. MAK AI!! banyak tol barang.. ehehe.. nak buat camno.. tapi tahun ni, meja sebelah lagi semak dari meja saya. (=.=;)
And saya dah masuk kotak 1/10 dari barang saya.

Persoalan utama : Kenapa dekat lab pun boleh banyak barang ni?? Beranak ke hape barang2 nih?

tadi sensei bebel sebab budak2 ni balik awal. (pukul 6.00petang). tak kisah la tu. tapi alasan dia adalah, "cerah lagi tapi dah balik ka?!" ok.. itu tak dapat diterima.. kalau macam tu sensei, nanti bulan 12 boleh la saya balik pukul 4petang kan..? kan..? dah gelap dah..

tinggal lagi 1 sem bergelar student.. wiihii.. bukan tak sabar nak habis belajar, tak sabar nak balik malaysia.. but i know, FOR SURE i'll miss japan.

japan yang tak payah risau keluar rumah lupa kunci pintu. (risau jugak la. tapi belum pernah jadi apa2)
japan yang tak payah risau kalau pakai beg tak de zip.
japan yang tak payah risau balik sekolah pukul 10malam
japan yang tak payah risau naik teksi n kena bawa lari by pemandu teksi.
dll..
tak semua perihal jepun ini bagus, tapi saya datang ke sini untuk belajar yang bagus2 sahaja.. so, itulah yang melekat di kepala.. (o^^o)

[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments

salam cik hana ..
know the real japan from ur entries .. tq dik for the 'free' and useful info .. :) :)