Hari ni, Dia tunjuk lagi kepada saya ayat-ayatNya. Ya. Ayat-ayat cinta Nya. Bahawa Dia sangat mencintai saya. Mencintai setiap makhluk Nya. Tinggal saja makhluk Nya peduli atau tidak dengan cinta Nya itu. Tinggal saja bagaimana makhluk Nya mahu menerima atau mengingkari cinta Nya itu.
Lagi 5 bulan syuron. Saya gelabah. Saya gundah. Adoi.. Tak kan nak present pakai data yang hampeh macam ni. Tak kan nak bawa balik Malaysia, "tara~~! inilah yang telah saya hasilkan selama 2 tahun berhempas pulas!" kudarrraneee~~ Berhari-hari..Berjam-jam.. Berkerut-kerut berfikir.
Saya nak crystal yang cantik!!! Cantik macam satu waktu dulu pernah jadi malah berkali-kali. Tapi kenapa sekarang tak boleh?? Kenapa?? Kenapa?? Buat saya bad mood. Berrrharrriii harrriii.. Sampai saat tadi, saya buntu. Tak tau nak buat apa. Fitrahnya manusia tu, bila susah, senang sekali ingatkan Allah. "Mintak je lah dengan Allah. kan Dia jugak yang tolong aku masa gakubusei dulu." Maka saya pun mengharap dalam hati dengan sangat-sangat mengharap. "Ya Allah.. dengan kudratMu, dengan kuasaMu, Kau jadikanlah yang ini crystal tercantik pernah wujud di lab ni. Amin~~ Ya Allah Kau je yang tau betapa telah aku berusaha dan Kau balaslah dengan yang setimpalnya" Ok.. dan saya pun start jikken.
Dan.................................tada~~~! (^^)
FAILED! ok FAILED!
saya balik ke tempat duduk. termenung. fikir nak nangis ke nak apa. nak study ke nak pi buat jikken balik. Nak balik rumah ke nak pi makan. Kesimpulannya, tak tau nak buat apa. Nak sambung setahun lagi ke dua tahun. Tak dapat disimpulkan. Tengah duduk-duduk tu, sensei yang lately ni mood dia amatlah baik datang and panggil saya dengan sorang lagi budak lab yang still ada kat lab tu mengopi sat.
Sembang-sembang, tak tau pusing kot mana, sensei cakap,
"kenkyu bukannya berjaya ke tak. tapi buat ke tak. setakat mana skill awak dah meningkat. dalam 10, 1 je kenkyu yang boleh diterima sebagai berjaya. kalau senang-senang je, x payah la ada nobel prize kalau macam tu. dan setiap data yang terhasil, tak kisah la cantik ke tak, itu adalah data. dan setiap data adalah sangat bernilai. dan bla bla bla.. and awak kan dah berjaya. kan dah menyala tu."
Ya Rabb!! masa tu rasa nak tumpah air mata.
"Boleh jadi engkau sangat menghendaki sesuatu, padahal ia buruk bagi mu, dan boleh jadi engkau sangat benci kan sesuatu, padahal ia baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "Al-Baqarah:216
Saya sangat-sangat berharap, akan muncullah crystal yang cantik, yang boleh saya present dengan bangganya nanti, tapi Allah lebih tau bahawa itu tak lain akan merosakkan saya. Lalu dia gantikan dengan yang lebih baik. Kata-kata sensei yang seolah memitomeru usaha saya selama ini. Faham tak perasaanya? Faham tak? Faham tak? Rasa macam tengah tergantung nak jatuh gaung, dah tak ada tenaga nak paut, tiba-tiba helikopter datang angkut bawa bali rumah. Faham tak?
Tak pe. sebab, cinta Allah adalah untuk dirasa, bukan dibaca. (T T)
Dan saya sangat-sangat terharu, bila sensei sangat me-support impian saya. Sesuatu yang sangat di luar jangka. Ingatkan sensei nak condemn! (T T)
Saya berdoa, moga anda, Allah panjangkan umur, hingga saat islam tegak kembali dan lihatlah megahnya islam lalu Allah matikan anda dalam syahid.
Cintailah Dia dan kamu tak kan pernah rasa putus cinta
kosa kata:
syuron : thesis
kenkyu : research
jikken : experiment
mitomeru : menerima
dan rupa-rupanya sensei panggil tadi tu sebab nak bagitau, esok SILA BALIK AWAL.. wow! pertama kali dalam sejarah! sebabnya esok pak cik2 sensei lain nak datang "ehem.. so-called meeting" kat bilik dia. yeay!! esok boleh balik awal.. pukul 6 ok.. pukul 6! PUKUL 6 PETANG.. cerah lagi tu. selain hari sabtu, TAK PERNAH saya balik waktu matahari masih ada segar bugar menerangi alam.. uhu.. terharu~~ pertama kali dalam sejarah sepanjang bergelar budak master.. hoho!!
bersangka baiklah dengan Allah. sebab Dia sangat sayang kita. tiada tara bandingan
p.s: yeay!! boleh la buat pengat pisang esok \(^^)/
[How people treat you is their karma, how you react is yours]



Comments
aci : x de phd nye. nak nengok aku tergolek22222 macam batang buruk ke? haha
pure and genuine entri from the heart .. :) :)