Ish... Umur dah meningkat nih (wuuuhuuuu)
Sungguh.. Selalu je menidakkan fakta itu dengan frasa.. "Umur hanya satu nombor" Menipu diri sendiri.. Banyak lagi benda nak buat ni..
Sungguh.. Selalu je menidakkan fakta itu dengan frasa.. "Umur hanya satu nombor" Menipu diri sendiri.. Banyak lagi benda nak buat ni..
Nak belajar menembak, nak belajar berenang, nak belajar silat, nak pergi keliling dunia, nak pergi spain, nak pusing europe, nak belajar main piano, nak bla bla bla.. BANYAKNYE BENDE NAK BUAT! tapi... mana nak cari masa?? Susun..susun..susun masa.. plan plan plan hidup.. uhu.. tak cukup.. mana nak sempat. Kerja lagi.Nak cari duit banyak-banyak lagi. Bla bla bla.. Mana nak sempat...

wuuhuuuu.... Memang la tak sempat. Kalau pemikiran tu SINGKAT sangat. Ulang tulis, SINGKAT tak hengat. Masa kita kat dunia ni ibarat buat satu tanda pakai pen 0.3 kat atas 100m benang putih. Kalau asyik semua nak sombat masuk kat dunia ni, memang tak sempat la kan. Mana nak melancong lagi, mana nak shopping lagi, mana nak makan sedap-sedap kat semua negara lagi, mana nak belajar lagi, mana nak kerja lagi, mana nak cari duit beli kereta mewah-mewah lagi, mana nak buat banglo 3 tingkat lagi.. Memang tak sempat laaa kan..
Jadi.. Lepas kecewa sebab macam tak sempat je nak buat semua tu. Macam tak sempat je nak jadi orang kaya dengan nilai masa yang ada sebesar titik tu, tiba-tiba ilham datang.

Untuk menjadi seorang pedagang yang bijak, kita perlu menggunakan peluang yang sedikit untuk mendapatkan keuntungan yang BESAR dan BANYAK dan MEWAH! YES! Jadilah pedagang yang TAMAK HALOBA!! Lebih tamak dari segala yang tamak. Senang je.. Kita buat deal dengan Yang paling kaya. Yang Maha Kaya.. muahaha!

Nak pergi melancong keliling dunia? Nih ada..
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." Al-Imran:133
Okeh.. nak keliling dunia, nak keliling angkasa, sebut je..
Nak melawa baju fesyen2? Nak melaram ala2 prom sakan? Mudah..
"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya(berupa) syurga dan (pakaian) sutera" An-Insan:12
"Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan mereka minuman dari gelas yang bersih(suci)." Al-Insan:21
Nak banglo mewah-mewah? Nak bersenang lenang? Silakan..
"di sana mereka duduk bersandar di atas dipan-dipan, di sana mereka tidak merasa teriknya mentari dan tidak dingin berlebihan." Al-Insan :13
"Tanah syurga itu licin, putih kasturi" Hadis riwayat muslim.
"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, mereka mendapat kamar-kamar (di syurga), di atasnya pula kamar-kamar yang dibangun bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan memungkiri janjiNya." Az-Zumar:20
"Maha Suci Allah yang jika Dia menghendaki, niscaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana." Al-Furqan:10
Nak makan yang sedap-sedap? No hal..
"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon-pohon yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." Al-Waqiah : 27-33
So, orang yang berfikiran singkat tak hengat akan merasakan hidup sangat singkat dan sekejap lalu dengan sekonyong-konyongnya menyombat segala-gala perkara yang mahu dinikmati dalam setitik umur kat dunia ni walhal perjalanan umur manusia itu sebenarnya ini →∞.. tak berpenghujung..
Jadi, dalam titik yang secoet itu, hanya muat untuk ini..
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu berjihad kepada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." As-Saff:10 dan 11
"Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung." As-Saff : 12
Jadi impian untuk shopping sakan2, melaram ala2 prom, duduk dalam banglo mewah2, makan sedap2, keliling dunia dapat tercapai..
Jadi, siapa2 yang rasa → life is short, so enjoy! meh sini nak habaq.. SINGKAT TAK HENGAT la pemikiran awak tuh. Sebab, life is ∞.. Jadi, sila TAMAK! lobi habis-habisan dalam waktu yang secoet nih.
Akhir kalam,
manusia itu terlalu membangunkan dunia hingga takut untuk masuk ke akhirat yang ia musnahkan..
[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments