Tulisan seorang sahabat. Saya suka bila sahabat ini ada di sisi. Dia minta saya post tulisannya di sini.. Sebab dia tak ada blog.. Why not??!! Jangan tanya saya. Dah berbuih mulut saya merayu..
So, here it is.. (^^)
------------------------------------------------------------------------------
Kernaku sayang kamu
Aku selalu tertanya-tanya kenapa Allah takdirkan aku selalu menyukai orang yang salah. Hikmah. Ya, aku belajar meneliti setiap kejadian dengan positif - ada hikmah. Selalu aku bermenung, why am i too easily fall in love - with the wrong person?
Hari ini aku tau. Mungkin 1 dari 1000 hikmah tersembunyi. Yang nyatanya, ku temu 1. Mungkin.
Bila ku sedar hati ini berputik rasa cinta, rasa rindu, rasa sayang, rasa ingin memiliki, lekas ku mencari Rabb ku. Bukan mahu berlagak warak. Bukan. Aku tahu, aku tak mampu lagi bangkit andai terjelepok kecewa kerana cinta manusia untuk walau sekali lagi. Sungguh aku dah tak punya kekuatan untuk bangkit lagi andai itu terjadi. Untuk itu, aku perlu kekuatan, aku perlu perlindungan. Siapa lagi yang mampu, siapa lagi yang punya kekutan itu. Rabb ku! Yang Maha Kuat! Yang Maha Melindungi!
Dan sekali lagi, aku jatuh cinta. Tapi kini, ia berbeza. Setelah ku temui 1 dari 1000 hikmah itu, aku lebih berani. Lebih berani untuk menjengah realiti. Lebih berani untuk membuka hati. Kerana aku tau, bukan cinta manusia yang menggamit, tapi kasih dan sayang Rabb ku kepada ku. Selalu Dia mahu mendengar aku mengadu, aku memohon lalu Dia biarkan aku jatuh cinta. Dia biarkan aku mencinta makhlukNya. Kerana mungkin dengan itu aku jadi lebih dekat dengan Dia. Benar bukan.. Tuhan bekerja dengan penuh rahsia.
Semakin aku mencinta, semakin aku takut akan kehilangan, semakin aku perlu kekuatan, perlindungan Rabb ku. Semakin aku berpaut erat. Agar.. Agar aku tak hilang punca bila cinta manusia punah.
Mungkin.. Mungkin.. Mungkin saja ini yang dikatakan cinta ke syurga? Cinta itu murni, suci, indah.. Buktinya? Kan ia berasal dari syurga? Ke mana lagi ia mahu membawa manusia kalau bukan ke tempat asal nya?
-------------------------------------------------------------------------------
Kehilangan cinta manusia sangat perit hingga perlu bertahun-tahun untuk pulih. Tapi... Kehilangan kasih dan sayang Tuhan lebih menyeksakan kerana perlu selamanya tinggal dalam hukuman..
With love from us.. (^^)

[How people treat you is their karma, how you react is yours]
Comments
kdg2 kita ni terlupa cinta Allah tu tak ada batasan langsung...