On the way pergi kerja pagi tadi, lambat macam biasa,
jalan sesak macam biasa,
hari dah cerah macam biasa.
Tapi pagi ni, sayup jauuuuuhhh di hujung highway, baru perasan ada bukit bukau. Berbulan-bulan, setiap hari lalu jalan yang sama, pagi ni baru perasan. Cantik. Ada matahari. Ada kabus pagi.
Sejak berabad bukit itu, matahari itu, kabus itu setiap hari wujud di situ. Macam biasa. Menunggu insan yang setiap hari-harinya biasa berada di situ untuk sedetik merubah kebiasaan lalu sedar wujud mereka yang seperti kebiasaanya di situ.
Adakala, kita terlalu beria memelihara yang wujud di depan mata sampai terlupa untuk mengangkat muka, biar hingga saujana mata memandang. Mungkin di depan ada yang lebih baik.
Macam... Dunia dan akhirat
Saat di kebiasaan, kita temui ada kelainan, mungkin kita sedang meraih yang luar biasa. Mungkin..
Lusa dah 1 Rejab
Comments