Skip to main content

Tak perlu lagi jeling-jeling

I wrote this a year ago
Ramadhan kali ini nyata di mata kasar berbeza. Sangat.
Aku ada banyak memori indah tentang ramadhan dan masjid. Memory of friendship. Memory of love.

2 kali Ramadhan terakhir aku sebelum kahwin- Ramadhan yang sentiasa aku kenang-kenangkan.
Ramdhan of friendship I call it.

The 1st Ramadhan lepas kahwin. Masa tu masih berdua. Rumah sewa dekat dengan masjid. Jalan kaki dalam 5-10 minit sampai.
Kawasan kampung. Lepas tarawih, jalan kaki balik rumah. Dongak langit. Penuh bintang sebab kawasan kampung. Tak banyak light pollution.
And he thought me the name of buruj. Aku tau satu je. haha
Ramadhan of love I name it.

Dan tahun-tahun selepas tu, Ramadhan dengan budak kecik. Memang tak menang tangan. Apatah lagi nak jejak masjid.
Bila Seri dah besar sikit, berjaya pergi masjid. Tapi jujur, tak mampu nak solat. Aku pujuk hati.
"Tak apa. Tumpang pahala Khalis. Even duduk dalam masjid, dengar imam baca quran pun dapat pahala." Sejujurnya lagi, aku tak puas.

Tahun ni, aku berazam lagi nak ajak anak-anak pergi masjid. 
Tapi Allah lagi tahu apa yang aku perlu.

Tahun ini, Ramadhan jauh berbeza. Tapi langsung tak kurang.

Allah tunjuk, meriahnya Ramadhan, bukan pada masjid. Bukan pada merdunya suara imam mengimamkan solat tarawih, wirid. Bukan pada penuhnya saf-saf setiap malam.
Allah suruh balik kepada asas.

Meriahnya Ramadhan itu bila setiap rumah hidup dengan amalan yang biasanya di masjid.
Memasjidkan rumah dahulu. Tahun ni, aku mampu solat dengan tenang. Tak perlu jeling-jeling cari mana anak. Tak perlu berhenti setengah rakaat sebab anak hilang. Unless anak aku makan kertas ke kan. haha
Masih berjemaah. Masih bertarawih. Tiada apa yang kurang.

Aku sedar.
Yang meriahnya Ramadhan itu letak pada hati.

..それでは、また

Comments