Skip to main content

Ayuh. Aku manusia.

3 hari di tempat yang sama, di meja yang sama, di kerusi yang sama. Hanya buku sahaja yang bertukar. Cukup menjadikan aku 'insane'. Tidak sabar menghitung hari mengahbiskan kertas terakhir walau aku tahu ia ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut naga. Ada cabaran yang lebih besar menanti. Projek tahun akhir, sensei(lecturer) bukan calang-calang kibishi(straight). Dengan team-mate yang kepala angin. Kalau diturutkan juga kepala angin ku, alamatnya 'perang Palestin-Israel' di makmal material process itu pasti terjadi sehari-hari. Dan semestinyalah aku watak yang tidak bersalah, 'si Palestin'. Mujur yang seorang lagi bertimbang rasa.

Mampu bertahankah aku?

Ingin sekali aku menjadi setabah para ibu mujahidin, seberani pemuda di Palestin sana. Aha~ Galak benar aku berbicara ingin menemani adik2 ku di Palestin sana. Persoalannya, apa benar aku mampu jika diuji sebegitu? Apa benar aku seberani mereka andai satu hari tanah air ku diperlakukan sedemikian rupa? Apa benar iman ku sudah seteguh mereka lantaran lancang tulisan ku menyatakan keinginan sedemikian rupa? Andai ujian seringan ini pun aku mengeluh tak sudah, bagaimana harus aku menanggung malu andai dihadapkan seorang pemuda Palestin dihadapan ku?

"Dan kamu benar-benar mengharapkan mati(syahid) sebelum kamu menghadapinya; maka(sekarang) kamu sungguh telah melihatnya dan kamu menyaksikannya" Al-Imran: 143

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang dilakukannya. ..." Al-Baqarah:286

Ya. Aku tidak sebertuah mereka. Begitu berani. Begitu tabah. Namun aku tahu. Aku yakin. Ada yang Dia rencanakan buat setiap yang bernyawa. Kerana Dia bekerja dengan penuh rahsia. Dia bekerja dengan cara yang tidak pernah manusia yang dhaif ini sangka.
Tidak sampai manusia pada ilmuNya.
Pena kembali ku capai. Berbaik sangkalah dengan Allah.
Ayuh. Aku manusia. Perlu berjiwa hamba. Hamba kepadaNya. Bukan kepada dunia.

Comments