Skip to main content

Masih akan hadirkah esok?

Niat ku untuk duduk di situ mati. Sayup-sayup kedengaran tawa kecil 2 mamat jepun dalam tosyokan(library) tu.
"cis hampeh btol."
Rengus ku dalam hati.
"Mesti mengumpat aku la tu."
Aku memilih tempat duduk bertentangan dengan mereka. Mujur meja2 di sini berpenghadang. Ingin memberi pengunjungnya privasi mungkin. Sememangnya Jepun, sebuah negara yang penduduknya sangat mementingkan privasi. Ada geram bertamu. Lekas ku capai pensel dan menyelak buku nota ku mencari helaian kosong. Tanpa ragu ku coret kata-kata tanda protes dengan 2 mamat jepun depan meja. Nafas ku tarik sedalamnya, memadam api geram. Astaghfirullahal a`zim..

Malas mendengar umpatan yang mungkin sedang dilakukan 2 mamat tadi, aku menekap telinga dengan headphone putih- hasil menununggu di Kawasaki cuti summer hari tu-, berdoa moga ilmu yang bakal ku jamah ini mampu dihadamkan sepenuhnya. Terbit sedikit sesal kerana duduk di situ semalam. Aku tenggelam dengan dunia ku. Subjek エネルギー変換(energy conversion) bukanlah subjek kegemaran buat pelajar エレクトロニクス(electronics) seperti ku.

Beberapa jam selepas..
"Urghhh.." Otak ku tepu. Aku lantas bangun lalu mengatur langkah menuju tingkat 10 bangunan 38. Bangunan paling baru di sini menurut Wahi. Tak hairan la cantik kalau nak dibandingkan dengan bilik kenkyu(research) ku. Selesai solat, aku berkira-kira samada ke syokudo(cafe) atau kembali saja ke tosyokan. Kenyang sarapan pagi tadi masih bersisa, aku mengambil keputusan kembali mengadap kanji-kanji(tulisan Jepun). Selang beberapa meja dari ku, kelihatan aci(a.k.a Farah) tunduk tekun men'scan' buku. Baru sampai agaknya.

Meja sebelah ku sudah bertukar orang. Aku memandang sepi buku berkulit biru di hadapan ku.
Ya Allah.. Apa yang aku lakukan ini? Aku ingin bersama merasa peritnya adik-adik ku di Palestin sana. Mengapa aku yang kini dikurniakan segala kemudahan,tosyokan yang menghangatkan tatkala suhu di luar mencecah 0, masih berasa malas untuk melaksanakan amanah ku; belajar. Hati ku memberontak. Belajar? Apa kau belajar ni? Energy conversion? Sedang adik kau di Palestin sana dilanyak kau kat sini belajar macam mana motor berfungsi? Hana, apa kau buat ni?! Sesaat, aku jadi tak keruan. Tatkala melihat gambar ceria wajah adik-adik ku di Palestin menerima bungkusan berisi makanan, hati ku jadi sebak. Air mata ku bergenang. Betapa mereka sudah terlalu lama terseksa. Betapa sudah terlalu lama muslim ini alpa.

Ah! Aku semakin tak keruan mengingatkan apa yang ustaz sampaikan pagi tadi dalam kuliah muntalaq. Betapa sudah lama pemuda islam yang sepatutnya digeruni atas ketegasannya kini lembik! Lemah! Dijentik langsung rebah! Ke mana menghilangnya semangat Salahudin yang membebaskan Palestin dulu?! Ke mana leburnya garang perwira islam seperti Umar r.a?! Di mana?! Di mana wujudnya lagi sebuah negara yang melahirkan pemuda2 islam berjiwa kental, berjiwa syahid seperti pemuda2 di Palestin? Di mana lagi dalam dunia ini mampu melahirkan pemuda2 seperti itu? Aku semakin nanar. Namun Allah itu baik. Malah Maha Baik. Dia mengingatkan aku sebuah artikel yang sempat aku baca sebelum melangkah keluar pagi tadi. Aku aman kembali lantas berdoa lalu kembali meneruskan 'perjuangan' ku.

"Kruk.." Aku senyap. "Kruk.. kruk.." Ish x boleh jadi ni. Perut yang bising minta diisi. Dari terus mengganggu konsentrasi, lebih baik dipenuhi dulu permintaannya. Dengan malas, aku melangkah keluar menuju syokudo. Sudah berapa kali agaknya aku keluar masuk. Habis makan, hujan yang separuh renyai2 membuatkan aku berfikir 2 kali untuk ke bangunan 38. Namun fikiran aku yang sedikit agak melayang menyebabkan niat dan perbuatan ku bertentangan. Minda ku ingin solat sahaja di bangunan sebelah tosyokan;lebih dekat dan tak perlu meredah hujan, namun kaki ku enak sahaja menghayun menuju ke bangunan 38 dan sedar2 aku sedang meredah hujan. "Erm.. x pelah. malu la plak nak patah balik."

Usai solat, aku kembali ke tosyokan; wah da jadi macam rumah plak. Terus sahaja aku menjalankan misi mencari buku bagi repot yang perlu dihantar esok. erm.. Esok~ Minda ku terus terganggu.. 明日か~ Syuh syuh.. Cepat2 ku halau yang tak sepatutnya. Hampir sejam aku menjelajah segenap rak2 buku di situ. Alhamdulillah. Jumpa. Kembali ke tempat duduk ku semula dan sekali lagi meja sebelah bertukar orang. Yang masih kekal mamat 2 orang meja depan tu. Huh! Aci pun dah balik.
Handphone ku bergetar. "Klu nk payung bgtau..nnt anta.." Mesej dari aci. Hehe.. Moga Allah balas budi baikmu (^^)

Jam 6 petang, niat ku ingin pulang dipatahkan oleh hujan. "Hem.. tunggu kejap la". Jam 7 masih hujan. Kepulangan ku tak ingin ditunda lagi memandangkan ada usrah malam ni.
"Nak pegi pinjam payung kat Wahi ke, nak mintak aci datang anta payung ke, nak redah je"
Aku membuat 3 pilihan sendiri. "Erm.. redah je la. Hujan air. Bukan hujan peluru pun macam kat Palestin tu."
Ada asap yang keluar tiap kali aku menghembus nafas. Sejuk ke? Tak terasa pun. Tampak rintik2 hujan. Basah ke? Tak terasa pun. Gelap ke? Tak pe, kite pasang lampu. Aku bermonolog sendiri. "明日か~" Terdengar keluhan jauh di sudut hati ku.

"Sha, penah tak rase, mende yg di tunggu sekian lame, bile da dekat mase tu, tibe2 rase macam.. ar.. menyusahkan je mende nih. penah x?"
"Tu la padahnye bile menunggu lame sangat plus kite x tau jadinya mcm mane." jawab sha ringkas.
Teringat perbualan dengan sha tengahari tadi. Aku mendongak ke langit. Kelam. Hujan terasa aman bagi ku. Bukankah aku semangnya pencinta hujan? Bukankah hujan itu rahmat? Aku membelok basikal menukar haluan. Supermarket 24 jam sebelah jalan itu tutup untuk pengubahsuain menyebabkan jalan yang biasa ku lalui kini gelap.

Tampak di hadapan ku bangunan setinggi 8 tingkat, di mana hampir 8 bulan ku diami bersama aci. Beranda di hadapan pintu basah. Hujan masih turun. Dari tingkat 7 ini, jelas indah kelihatan di kejauhan bandaraya Osaka disimbahi ribuan lampu-lampu. Indah duniawi.
"Ya Allah.. Berilah aku kekuatan. Berilah kami kekuatan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuat."

There are things that we want so much. That we've been longing for. That make your heart suddenly jump out of excitement. But when its the time, somehow, that thing, that you've been longing for, suddenly become something that you dont actually want. Something that not-that-important to you. Something when you thought back, "Come on. You were heels over head for this kind of thing?"
Have you ever?

MyHotComments.com

Comments

Nadiah Azli said…
ah....

at least orang yg study pun terasa sangat kecil berbanding dgn saudara kat palestin.

orang yg goyang kaki, tak buat apa, study pun malas, rasa mcm ゴミ giler3.

arigatou for sharing.
sangat memerlukan kata2 semangat.. =)
花も頑張ってね。
Cik Hana said…
いいえ。
頑張るよ!寝ないように~(笑)
shAhIdA mIdi said…
"明日か~"

がんばってね! ;p
kyo_9 said…
ko nih ade bakat tulis cerpen.. kat dai ko panggil 食道 tu syokudu ke? (笑)

明日があるさぁ~
Cik Hana said…
mase kat mesia dulu, sensei ajar syokudo. tu la nihonjin ajar aku nihongo yang x betul la..ish3..
(cover malu..)
note: typing error 'syokudu' dah dibetulkan.
Ummu Mujahid said…
tak dpt tangkaplah..ada apa esok ye hana? hehe. payung korang ada kat akak selai :D

nice piece. suke baca :) tgulah lamaran..
Cik Hana said…
ade je payung. tp tetinggal kat umh (^^);
lamaran? alamk saye 'mentah' lagi la kak atin..haha
Anonymous said…
saido eja syokudo pn slh...
食道じょなくて食堂 (^^,)
Anonymous said…
huhu..hana~
rasanye selalu jer rase cm tu.. even skang pun..
wawawawa...
what do i want actually???
Cik Hana said…
wawa.. ape mende yg ditanoshimi tu cik fiza? hehe.. maa maa..