Skip to main content

Benar, aku tak bohong.. Bohong, aku berkata benar

Sudah cuti musim panas ke? Walau sebagai pelajar tahun akhir di sini, tiada istilah cuti kata sensei. Seminggu sensei berseminar di German, saya guna sebaik-baiknya menampung lompang-lompang jiwa. Yang selama ini terbiar. Manusia itu lumrahnya mudah alpa. Ampun.. Benar sekali. Istiqamah itu payah. Namun bukan mustahil. Asal saja ada kemahuan.

Lelah sekali sebenarnya hidup bersesak-sesak, berkejar-kejar di dalam masyarakat negara ini, sabishi syakai (sabishi:sepi, syakai: masyarakat) kata kak salwa. Sesekali berkesempatan ke masjid di kobe, semacam tersusun kembali serabut-serabut di benak. Terima kasih Allah. Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari, bermain-main. Comel. ^^ Fasih benar berbahasa jepun. Walau tidak sepet, walau kulit tidak putih kemerahan. Manakan tidak, berdarah campuran rupanya. Melihat anak-anak comel ini, tidak mustahil generasi masyarakat Jepun selepas ini adalah terdiri dariada muslim dan muslima. Juga tidak mustahil Jepun menjadi sebuah negara islam. ^^ Sedangkan sekarang pun Jepun sudah membenarkan rakyatnya yang beragama islam menggunakan gambar bertudung di passport dan di lesen kenderaan. Bukankah itu satu perkembangan positif? ^^ Jepun, negara yang rakyatnya tatkala melihat warga asing macam nak tersembul biji mata. Belum lagi melihat muslima bertudung. Apatah lagi berjubah. Macam sedang menonton fashion show. Kalau leher tu boleh pusing 360°, dah pusing dah agaknya. Hidayah tu kan milik Allah. Allah tu kan Maha Berkuasa. Tak payah susah-susah nak berdebat boleh atau tidak sesebuah negara itu menjadi sebuah negara Islam. kun fayakun kata Allah maka jadilah ia. Tak payah pening-pening fikir boleh atau tidak seseorang itu menjadi muslim atau muslima, mukmin atau mukmina. kun fayakun kata Allah. Maka jadilah dia. "ucap bismillahhirrahmannirrahim..Dakwah aja.." kata Dr. Irwan, politician Indonesia dalam ceramahnya suatu waktu dulu.

Balik dari BBQ, penat, saya terus lelap selepas selesai solat Zohor. Golek kanan, golek kiri, golek kanan, kiri lagi. Rindu.. Ye rindu.. Saya rindu rumah. Terasa ingin terus terbang pulang ke Malaysia. Mungkin juga keadaan cuaca 2,3 hari ni hujan menyebabkan cuaca seakan-akan di Malaysia. Sedang golek golek dalam kerinduan, entah bila terlelap. Benar.Terasa kekuatan untuk bertahan lagi 2 tahun di sini hampir tiada. Diikutkan hati, benar-benar sudah rasa mahu pulang ke tempat sendiri. Benar-benar sudah mahu mula menjual barang, memasukkan apa yang perlu ke dalam kotak, sedikit-sedikit mengosongkan rumah yang sudah 2 tahun dihuni bersama aci ini.
Tapi.....
Andai ketetapan buat saya berada di sini lebih baik dari segala aspek, saya pasrah dan redha.
Tiada lain. Kerana saya yakin, Allah itu sentiasa menganugerahkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Cuma hambaNya ini saja yang acapkali tersasar..
Kebelakangan ini semakin terasa semua itu.

p/s: jangan berhenti berharap.............pada Dia........
p/s2: Buat abah, odaijini (cepat2 baik) sila pegi hospital ye...

MyHotComments.com

Comments

CiKnUrHaFiZaH said…
tak payah fikir byk2..baca bismillah..jalan terus.. -Dr Irwan-
:) ingat lg x hari itu?
misoshiru said…
salam hana sayang..

rindu kat akak tak..
sure rindu ek..rindu kena sakat kan..huhu..
ye, akak pon same..kalau ALlah takdirkan rezeki masih di bumi sakura ni..inshaAllah ade la lagi muka akak kat nihon ni bulan 4 tahun depan..hihi..

suka entry ni..wiwiwiwi

salam..jumpa next week ye.=)
Cik Hana said…
to fiza: ingat2.. sgt suke ayat dia yg tu. berjela2 ceramah dia, phrase tu sgt berbekas. bismillah, jalan aja deh.. ^^

to kak rem: sapa yg sakat sapa ni kak rem..hihi nyway, hana x leh join kot minggu ni.(=.=) kite jmpe mukhayyam eh..^^ iA..
shAhIdA mIdi said…
"tak payah fikir byk2..baca bismillah..jalan terus.."

bagus ayat ni..bole buat pujuk/paksa diri sendiri..
kumbang malaya said…
hana,
rindu kt mesia...msg la aku...hahahaha
Cik Hana said…
to sha: desyo~ ^^

to kumbang: kalau aku msg ko, ko agak2 aku bley terus ade kat depan umah mak aku tak?