Tiba-tiba pak cik tu bangun.
"Eh.. Salah.. Dia tak mintak sedekah la.." Terasa ingin saya menerpa keluar kereta dan mohon ampun.. Prasangka. Beg plastik besar yang tersandang di bahu pak cik tu tampak berat pabila beliau sedikit terbongkok. Buat jualan barangkali. Telahan saya benar bila beliau bangkit dan berjalan perlahan-lahan menghampiri setiap kereta yang memakir di tepian jalan. Singgah ke bazar. Namun tiada rezeki. Sehingga pak cik ini menghampiri seorang pemandu yang baru ingin masuk ke dalam kereta setelah langsai urusan di bazar. Saya terkedu. Drama yang terpapar di sisi cermin kereta sungguh syahdu. Di petang 14 Ramadhan ini. Kasar perlakuan itu saudara. Tak mahu tak apa. Nyatakan dengan cara baik. Tak susah kan. Sayu wajah tua itu dan berlalu.
Kita cuma berstatus hamba. Apa saja di benakmu saudara hingga tegar berkelakuan bak maharaja?

[How people treat you is their karma, how you react is yours]
Comments