Skip to main content

Syawal.. Kenapa perlu sedih?

Kebelakangan ni saya banyak diceritakan perihal kisah-kisah menyayat hati. Disogokkan dengan iklan-iklan sengaja nak menyebakkan dada penonton. Drama-drama air mata. Asal dekat nak syawal je, mesti episod2 sedih. Episod tak dapat balik raya la. Episod bla bla.. Kan ke raya tu untuk meraikan kemenangan? Boleh tak bagi perkara2 yang menaikkan semangat sikit. Kita menang Perang Badar dalam bulan Ramadhan. Syawal disambut dengan takbir yang penuh semangat--sepatutnya. Ok.. Tak nak cerita bab bila dengar takbir je menangis sedih. Itu saya yang dulu. Sebab tak dapat balik raya. Sampai kena tegur dengan sorang ustaz nih. Allah dah bagi anugerah aidilfitri untuk umat islam bergembira. Kenapa kita nak sedih pulak?

Itu sendiri fikir.

Sebenarnya nak cerita ni.
Semalam saya dengar satu cerita sangat sedih membabitkan kemalangan jalan raya. 2 tahun lepas, orang tempat saya merujuk, tempat saya mengadu, tempat saya menyengal, tiba2 hilang. 3 hari sebelum raya. Pun accident jugak.

Saya tahu perasan dapat berita tu. Remuk redam. Kecewa. Hati tertanya2.. Kenapa? Kenapa tak hati2..? Lumrah manusia. Tau itu takdir. Tapi masih mahu mencari sebab menyalahkan. Jadi.. Saya dengan ini mahu membuat pengakuan. Saya mahu menjadi seorang pemandu berhemah. Tak mahu lagi bawa kereta macam orang tak ada lesen (kecuali time dah lambat pergi kerja (>.<))

Sebab... Saya sayang orang-orang yang sayang saya.. (^ ^)
Saya tahu rasa itu.
Perit.

[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments