Skip to main content

Abah

Selesai membaca entri terbaru blog ain, rasa bersalah menyerang tiba-tiba. Kertas denjiki(electromagnetism) berterabur di atas meja tampak tidak bernilai. Ya Allah. Aku berdosa. Terbayang wajah dia. Ya dia. Dia insan yang disebut namanya oleh Rasulullah setelah 3 kali sebutan ibu. Dia. Abah. Sering saja aku menghubungi mama. Namun jarang dapat berbicara dengan abah. Sering saja aku meng-sms mama. Namun jarang benar melakukan yang sama kepada abah. Aku kejam.

Terketar tangan ku mencapai handphone. Menaip beberapa bait kata-kata. Betapa aku bersalah.
Satu-satu kebaikan abah menari-nari di ruang fikiran. Menambah rasa berdosa ku.

"Along tak nak baju ni. Ada gambar kartun. Kawan along lain sume pakai baju putih kosong"
"Ala.. x pe.. boleh je pakai. Nanti abah cakap dengan cikgu along."
"Ala.. tak nak.. orang lain semua pakai baju putih kosong."

"Along~ pakai la baj.."
tak sempat abah habiskan ayat aku dah menangis-nangis tanda protes tak nak pakai baju yang abah beli untuk hari sukan tadika esok harinya.

Petang itu hujan. Dan abah, berhujan pergi semula ke kedai mencari baju putih kosong untuk ku.Bukan tidak boleh abah membiarkan sahaja aku. Tapi demi aku bisa gembira esoknya bersama mereka2 yang berbaju putih kosong, demi aku tidak berasa terasing. Abah berhujan.

Melepaskan anak perempuan, sulung abah ke tempat yang bukan seminit dua jaraknya, yang bukan toleh, terus tampak di depan mata, adalah suatu pengorbanan yang bukan alang kepalang. Berbukit kerisauan abah. Tapi, demi masa depan anak dia nih, abah pendam jauh-jauh semua tu, malah jadi pemangkin keberadaan aku di sini.

Pengorbanan yang abah lakukan, kebaikan yang abah berikan, bukan di sini tempatnya untuk dituliskan. Bahkan bukan untuk dituliskan di mana-mana. Kerana ia dilakukan, bukan untuk dijadikan sebagai bahan tulisan.

Dan abah juga mungkin ada kesalahannya. Kerana abah manusia sama seperti aku. Manusia itu fitrahnya melakukan kesalahan. Bukan tugas manusia untuk menghitung kesalahan manusia.
Biar apa pun, kenyataan tidak akan pernah berubah bahawa dia, abah ku.
Moga tempat abah nanti, bersama dengan para solihin. Moga hidup abah, dirahmati Dia selalu.

p/s: Teringat rakan2 yang ayahnya sudah terlebih dulu dijemput Ilahi.. Moga kalian dikurniai ganjaran atas kesabaran itu.

MyHotComments.com

Comments

kite sering lupe pengorbanan abh kn..
y4n4 sahr1 said…
waaa~~~~ benar2!!
slalu tepon umah trus cakap
"mak ade? pggl mak"
uhuhuhuhu
nk tepon abah la plak
huhuhuhu
lizaothman said…
waaa..tu la..slagi masih sempat hargailah diaorg..x tau smpai bila kita mmpu melihat wajah diaorg
Cik Hana said…
to ajigijis -> erm.. kadang2 bukan lupe pengorbanan tu, tp lupe macam mna nak bg penghargaan (_ _)

to yana sahri -> desyo~ kadang2 tu, mcm habit. padahal abah ade je kat sebelah mak..

to liza -> sabar ek.. doa kan die ek.. miss u lah.. (^_-)
Ummu Mujahid said…
hana rindu abah ek.. sabar ek :)
shineeshimizu said…
sabar ler..at least pngorbanan tu worth..ak lgi cdih ..dri kecik ade isu ngan ayah ak..hrp2 dpt selesaikan ...ameen..
misoshiru2312 said…
rasa sedih bace ini..T_T

masing2 ade kisah hidup sendiri kan..huhu
Cik Hana said…
shinesimizu --> amin~

misoshiru2312--> huhu.. x nk buat mcm tu da.. (_ _)
MizzMiza said…
rase mcm bace cerpen la hana..
hihi..
tp tula..ak rse kite sume mngalami perasaan yg same.
huhu