Skip to main content

Geng - The Adventure Begins

Walaupun malas, saya turutkan juga kemahuan adik saya, Wani yang nak sangat tengok cerita animasi Geng. Ala.. Kamu orang pun mesti tau kan. Cerita Upin dan Ipin yang difilemkan tu.
Grafik yang superb. Tahniah buat anak tempatan yang sudah berjaya saya kira membuka satu lagi jalan yang sangat berpotensi bagi perkembangan islam. Hem..

Grafik yang superb. Jalan cerita yang mantap. Pendekatan moral yang sangat bagus. Tapi..
Tapi kenapa, pada satu babak, sedang azan berkumandang, Tok Dalang berkata kepada cucunya, "Atok nak pergi surau ni. Kamu pergi la jalan2 sekitar kampung ni." Dan si Badrol,(cucu Tok Dalang) yang pada mulanya ingin berehat dan tidur, terus sahaja teruja bila disuakan motor. Hem.. Mengapa tidak Tok Dalang berdialog begini "Eh.. Dah azan Asar. Badrol, jom ikut atok pegi surau. Kita solat. Lepas tu bawa la kawan kamu tu pegi jalan2 tengok2 kampung ni." tidak pun, mengapa tidak didialogkan si Badrol itu "Eh.. Dah azan asar. Aku nak solat dulu la. Nanti kita pergi jalan2 sekitar kampung ni." Sekurang2 nya ini dapat menunjukkan pada penonton, yang rata-ratanya si anak kecil bahawa, kalau nak keluar main, solat dulu. Bahawa, bila sudah azan, itu tandanya kena solat. Hem..

Babak yang paling besar kesannya saya kira, tapi sudah dilepaskan begitu sahaja. Babak di mana, mereka sesat di dalam hutan dari waktu Asar hingga terbit matahari keesokannya; bermakna Subuh sudah habis. Boleh sahaja kiranya si Badrol itu ingin solat di dalam hutan. Dengan bertayamum dan berpandukan arah bayangan matahari, atau paling tidak berijtihad arah kiblatnya. Setidak-tidaknya di sini memberitahu bahawa solat itu perlu dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan kepada para penonton. Dengan keadaan mereka yang sedang dikejar 'raksasa', mengapa tidak ditunjukkan bahawa ada rukhsah yang Allah berikan kepada mereka yang di dalam darurat; jama'.

Sewaktu melihat matahari terbit, tiada sebarang rasa sesal yang terbit di wajah watak2 animasi tersebut seolah-olah terlepas solat Subuh bukan sesuatu yang besar.

Persoalan yang telah terbit seawal di permulaan cerita ini, akhirnya membuatkan saya gagal menikmati ke-terujaan mereka yang memenuhi cinema malam tadi. Maaf. Mungkin saya yang sensitif dengan 'perkara-perkara kecil'. Maaf sekali lagi. Kerana solat bukan perkara kecil. Kepada anak-anak kecil, beritahu mereka betapa solat itu suatu perintah yang besar. Meninggalkannya bukan suatu perkara remeh.

Tidak mampu dipertikaikan kehebatan grafik animasi ini. Mungkin mereka yang pakar dalam grafik mampu melakukan sesuatu kelak. Saya yang buta seni ini hanya mampu memberi komen di sini. (^^;) Maaf jika menyinggung mana-mana pihak


MyHotComments.com

Comments