Skip to main content

Kami memendam rasa

Erghhh~~
Kadang-kadang saya rasa sangat tertekan sebab tak dapat menulis apa yang sangat ingin ditulis.
Sebab yang sangat ingin ditulis itu perkara2 yang saya sangat ingin orang lain baca.
Sha meluahkan perkara yang sama.
Dan kami, sama2 memendam rasa sebenarnya..
Argh~~~~~~!

Semalam..
Saya sangat bad mood sebenarnya. Menurut ajakan abah untuk makan di satu gerai ini saya kira mungkin suatu kesalahan. Saya sudah sedia maklum bahawa makhluk-makhluk di gerai itu, erm.. tak perlu diterang secara lanjut. Cukup sekadar mengatakan saya tak gemar makan di situ sebenarnya. Patutnya saya beritahu saja abah. Boleh ke gerai lain. Tapi, saya cuba bersangka baik. Mungkin gerai itu sudah bertukar tuan.

Sangkaan saya terbukti meleset. Usai makan, abah bangkit, diikuti dua orang adik saya, mama juga bangkit. Saya tahu. Mereka juga geram. Tinggal saya yang masih tak berpuas hati, enggan bangkit. Hampir saja terluah kemarahan saya di situ. Mujur mama cepat mengarahkan saya bangun. Mengesan ada perkara kurang enak bakal saya lakukan. Patuh perintah mama. Saya bangun. Malang. Saya membebel sepanjang perjalanan ke kereta.

Ish..ish..ish.. Sejak bila Hana pandai marah orang kedai ni?
Betapa saya sangat tidak gemar dengan mereka yang mengakui muslim berperangai sebegitu.
Andai mereka tahu bagaimana sopannya pelayan di kedai-kedai Jepun terhadap pelanggan mereka.
MyHotComments.com

Comments

post ko di msia..penuh dgn perasaan marah..geram ..
sabar2..itulah realiti...
org ckp itu lah hikmah islam yg hilang..iaitu sikap2 yg patut ade pada org islam , x de..tp ade pd org kafir mcm nihonjin..