Skip to main content

Too fast, too furious

--Hana dah balik---

Pada suatu hari, sebuah kereta mewah laju meluncur menyusuri sebuah lorong. Lorong yang agak sunyi dan jarang dilalui kenderaan. Lagu kegemaran si pemandu-seorang graduan luar negeri yang baru dinaikkan pangkat- dipasang sekuatnya tanda gembira dengan kejayaan diri. Sedang enak menekan minyak kereta mewah barunya, "PANGGG!!!"
Si pemandu lekas menekan brek. Mengurut dada, melihat ke belakang melalui cermin. Tampak pantulan seorang anak. Belasan tahun mungkin. Semarak api membakar hatinya mengenangkan kereta mewah barunya itu dicederakan. Merah mukanya melihat but kereta mewah barunya kemek, lampu belakang pecah. Terlihat wajah anak itu. Ingin dihambur segala kata nista. Ingin ditempeleng sahaja. Biar tahu anak itu sebesar mana sudah kesalahannya.

"What the..!"


Belum sempat pemuda itu menghabiskan carutannya

"Maaf bang.. Saya dah tak tau lagi macam mana nak mintak tolong. Abang saya.. Abang saya.. cacat. Dia jatuh.. Saya nak mintak tolong dengan orang-orang yang lalu. Tapi tak de sape pun yang nak berenti. Saya mintak maaf bang. Saya terpaksa baling kayu dekat kereta abang. Saya da tak tau lagi nak buat apa... Maaf bang... Tolong la abang saya...."


rayu anak itu dengan genangan air mata yang sesaat selepas itu bercucuran. Baru terlihat akan pemuda itu seorang anak. Ya. Benar. Anak itu cacat. Dan kelihatannya tenat. Lupa terus pemuda itu akan kata-kata nista yang ingin dilemparnya sebentar tadi. Hilang sudah ingatannya pada kereta mewahnya yang dilempar kayu. Hati sucinya sayu. Lekas didukungnya anak itu ke kereta mewah barunya, menuju ke hospital.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang2, kita terlalu laju dalam hidup, hingga tak pedulikan orang2 sekeliling. Kita rakus dengan dunia sendiri. Kita alpa dengan kejayaan yang dimiliki. Kita bangga dengan ilmu yang kita ada. Hingga Allah turunkan sesuatu yang kita sendiri tak suka nak hadapi semata-mata nak beritahu, "jangan terlalu laju. Jangan terlalu rakus. Aware la dengan sekeliling. Bantu yang memerlukan"

desu.. Sedikit cerita dari ustaz itu...(^^)

p/s: saye suke la drift sbnrnye.. suke tengok je la..;p


MyHotComments.com

Comments

shAhIdA mIdi said…
smart ar gmbr tu..

tp mesti google kan..
Cik Hana said…
dgn camera ex-pokjak tuh, blom memungkinkan gmbr sebegini cun diambil.. ke aku yg lack of skill r?
owh.. gmbr ni semestinya la google..hihi
shAhIdA mIdi said…
tak yah skill byk2..
photoshop je...