"Eh!! Kenapa pakai stokin?"
Budak perempuan yang sedang bersiap-siap untuk menemani kakak saudaranya itu ke kedai terpana sebentar. Mencari-cari ayat yang sesuai.
"Ni kenapa pakai stokin ni??"
Terkebil-kebil budak perempuan itu.
"Pakai stokin nak tutup aurat ke? Tutup aurat ke?"
Sambil mengangguk perlahan budak perempuan itu tersenyum kelat. Enggan memandang ke muka si kakak saudara yang mungkin sedang tersenyum sinis.
"Kan Allah suruh tutup aurat"
Sayang kata-kata itu cuma tersekat di kerongkong.
Kadang-kadang, perbuatan itu jauh lebih berkesan dari perkataan.
Sedang leka menonton tv, tiba-tiba berkumandang azan zohor. Budak perempuan itu bingkas bangkit. Mahu menunaikan perintah Ilahi. Singgah dicupingnya
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"
Teringat pernah suatu ketika si kakak itu pernah menyatakan
"Hahaha.. Kalau aku sembahyang, kiamat dunia"
Kakak, betapa beruntungnya andai sempat kau solat tanda taubat sebelum kiamat. Walau tak siapa tahu bila datangnya kiamat itu.
"Eh. Kau tau tak si tuuuut tu ada anak tuuuut. Da 10 tahun da budak tu. Mesti ko tak tau kan. Sampai sekarang dia tak nak bagitau sapa bapaknye. Takut la tu. Ha. Anak si tuuuut tu pun da pragnent gak. Yang tu lagi la. Tak tau sape bapaknye. Hey ko tau tak, sejahat-jahat aku ni, boleh lagi berfikir. Tu ha. Yang di canang-canang baik tu yang buat onar. Ish.. Da la nama dekat2. Entah-entah ko pulak lepas ni. Mana nak tau kan. hahaha"
Nau'zubillah~ Beristighfar panjang si budak perempuan. Lancang sungguh mulut si kakak saudara yang dianggap seperti kakaknya sendiri. Si budak perempuan itu gagal ketawa mendengarkan jenaka kasar saudaranya. Bagi yang mendengar juga, ia bukan bahan jenaka.
Geleng kepala aku dibuatnya.
Kepala yang tidak gatal digaru. Dahi berkerut seribu.
Kasihan si budak perempuan yang ingin menjadi muslimah kesayangan Allah.
Apa sudah jadi dengan generasiku kini.

Comments
tagged