Skip to main content

Rindu bertasbih-edited-

Just a sharing.
Malam tadi malam sabtu. Ada cerekarama tayang kat TV3; Rindu bertasbih.
Malas la nak cerita kesuluruhan cerita. Cerita pasal seorang anak perampuan orang kaya, yang cantik jelita yang rutin harian dia clubbing, drinking, bla bla, dipaksa kahwin oleh ayah dia yang kaya dengan seorang budak kampung yang tak kacak, tak smart, kerja bela kambing(ni kerja Rasulullah ^^), tapi sangat baik. Ok.. Senang cerita, cerekarama yang cliche la.
Owh.. Bukan cerita ni yang jadi bahan utama. Saya sangat suka dengan cara si suami yang sabar mendidik si isteri yang jahiliyah itu dan akhirnya berkat sabar si suami, si isteri berubah cara hidupnya. Tak rugi si suami mempraktik hadis nabi :

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, niscaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan senantiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."

Ish..ish.. Kalaulah dalam cerita tu, si suami tak sabar mendidik si isteri, mesti ending cerita tu lain kan.(^^;)
Si suami penyabar, tapi bukan dayus ye.

Teringat saya suatu kisah ni.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang ingin berjumpa dengan Saidina Umar r.a, pemerintah zaman itu, ingin mengadu perihal isterinya yang sering berleter. Sesampainya dia ke rumah Saidina Umar, dia terdengar dari luar, isteri Saidina Umar sedang membebel. Mengejutkan sang lelaki tadi, tidak terdengar sebarang kata-kata membalas bebelan sang isteri dari Saidina Umar. Melihat keadaan itu, lelaki tadi membatalkan hasrat beliau untuk mengadu. "Kalau khalifah sendiri dibebel oleh isteri, apatah lagi lelaki biasa seperti aku."fikir lelaki tersebut.
Apabila lelaki tadi bertemu Saidina Umar kemudiannya, beliau bertanya mengapa Saidina Umar membiarkan sahaja bebelan isterinya.
Kemudian Saidina Umar menjawab,
"Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku, rumah tangga kami. Apalah halnya sekadar dia meleteriku."

Cerita ni seringkali buat saya tersenyum sendirian.
Bayangkanlah.. Saidina Umar yang begitu garang, pun mampu bersabar bila si isteri membebel..
Kesalahan isteri itu cara menegurnya perlu berhikmah.. Tidak begitu ajaran Rasulullah? (^^)

Sebab itu lelaki dijadikan pemimpin oleh Islam. Lelaki-lelaki di luar sana.. Sebelum beria-ia sangat nak kahwin, ilmu nak didik perempuan yang bakal jadi isteri tu dah cukup belum? Dah boleh jadi imam solat belum? Dah boleh membimbing belum? Agak-agak boleh tak bagi tazkirah lepas solat? Yakin tak nak azankan baby lepas lahir?
Ni belum lagi soal lelaki yang nak poligami.. *sigh*

Ada seorang kakak yang bakal berkahwin mengatakan ini kepada saya,

"Sebenarnya, kahwin ni bukan hubungan si isteri dengan si suami. Tetapi hubungan kita dengan Allah tu sendiri. Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, kuatlah hubungan rumahtangga kita. Kalau hubungan kita dengan Allah pun halai balai, suram, lesu, jauh, macam tu la jugak nanti rumahtangga kita."

A very nice advice she gave me. (^^) We pray for your happiness sis..

p/s: okay people~ i'm only 17 years old.


MyHotComments.com

Comments

shAhIdA mIdi said…
sy tgk juge cerekarama itu....
Cik Hana said…
sad ending though..