Skip to main content

Guest book

Hari ni adik-adik saya ada ujian selaras..
Sebab itulah rumah saya sangat sunyi sepi malam tadi.
Mama pun tidur awal. Saya je yang terkebil-kebil sampai pukul 12 malam sorang2..

Got email from wahi, telling me that morimoto sensei will come to Malaysia and asking us for a guide.
I can use this as an excuse (^^)y

Got another email from anuar sensei, also telling me that his lady-boss(haha) will come to kindai for some business around May and is asking for a guide.
Am not sure whether I can or not since I wont be at Kindai that often. But it'll be okay i guess since kouhai also can help. Kan?

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi:

"Wahai anak Adam! Pindahkanlah simpananmu kepadaKu dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula kerana dicuri. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya." (H.R Baihaqi)

Sedikit huraian hadis tadi.

"Melalui Rasul-Nya, Allah memberitahukan kepada kita, sesungguhnya bersedekah dan membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampurkan dengan ria'. Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan yang sedemikian, adalah merupakan simpanan dan tabungan yang langsung disimpan di sisi Allah. Harta tersebut akan sentiasa terpelihara dan dijaga dengan baik, sehingga tidak akan terbakar, hilang kerana banjir atau dicuri orang. Apabila orang yang punya memerlukannya kembali, maka segera diberikan Allah secara tunai dalam bentuk kemurahan rezeki. Dalam pendapat yang lain pula dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan simpanan di sisi Allah ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang ikhlas."
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik(benar) atau lebih baik diam." (H.R Bukhari Muslim)

"Apabila masuk tetamu pada suatu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu" (H.R Dailami dan Anas)

p/s: Sangat tertarik dengan sebuah artikel dalam az-zariyat.. syabas..
p/s2: terasa nak buat guest book la..(^^)


MyHotComments.com

Comments

shAhIdA mIdi said…
ujian selaras~


hisashiburi..