Skip to main content

Matematik sekolah rendah

Ud'uni istajiblakum.. 40:60
Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan. Al-Ghafir:60

Doa itu senjata mukmin. Dia berjanji untuk mengabulkan setiap doa. Dia yang menggerakkan hati setiap insan untuk berdoa. Dan Dia juga yang akan mengabulkan setiap doa. Matematik budak sekolah rendah. Dia yang mahu mengabulkan, Dia yang menggerakkan hati untuk berdoa, Dia juga yang menyuruh untuk berdoa. Apa lagi jawapan yang tinggal..
Yang sebenarnya Dia sememangnya mahu mengabulkan dan memberi mu apa hajat mu itu. Tinggal kita... Bagaimana kita mahu bersangka baik dengan Dia.. Kerana tiada yang durjana yang dianugerahkan Dia kepada kita..

Tuhan itu bekerja dengan penuh rahsia. Tuhan itu tak pernah mungkir apa yang dikata.
Tak usah dipaksa Dia mengikut kehendak kita kerana kita memang pada fitrahnya makhluk yang rakus....

Terima kasih Tuhan...

[How people treat you is their karma, how you react is yours]

Comments