Skip to main content

Posts

Memerhati.. Memahami..

"Ko ni pelik la" "Apesal muka ko tensen gile ni?" "Sebab ko dah tak senyum macam selalu" "Apesal garang sangat ni" "Ko dah lain" "Tak payah nak mengada. Awak tu perempuan" "Jangan berani sangat" "Busy gile ko" Bla bla bla.. Bila bertenang.. Bermuhasabah dengan munasabah. Saya terasa risau dengan diri sendiri.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Syawal.. Kenapa perlu sedih?

Kebelakangan ni saya banyak diceritakan perihal kisah-kisah menyayat hati. Disogokkan dengan iklan-iklan sengaja nak menyebakkan dada penonton. Drama-drama air mata. Asal dekat nak syawal je, mesti episod2 sedih. Episod tak dapat balik raya la. Episod bla bla.. Kan ke raya tu untuk meraikan kemenangan? Boleh tak bagi perkara2 yang menaikkan semangat sikit. Kita menang Perang Badar dalam bulan Ramadhan. Syawal disambut dengan takbir yang penuh semangat--sepatutnya. Ok.. Tak nak cerita bab bila dengar takbir je menangis sedih. Itu saya yang dulu. Sebab tak dapat balik raya. Sampai kena tegur dengan sorang ustaz nih. Allah dah bagi anugerah aidilfitri untuk umat islam bergembira. Kenapa kita nak sedih pulak? Itu sendiri fikir. Sebenarnya nak cerita ni. Semalam saya dengar satu cerita sangat sedih membabitkan kemalangan jalan raya. 2 tahun lepas, orang tempat saya merujuk, tempat saya mengadu, tempat saya menyengal, tiba2 hilang. 3 hari sebelum raya. Pun accident jugak. Saya tahu pe...

Ekzos mu kebanggan mu?

"eeee... Geramnyaaa dengan kereta tu.. Tak pe.. Nanti aku nak letak ekzos beso2.. Biar bunyi lagi bising dari dia. Nanti tak sampai ofis lagi pun, semua orang dah tau aku datang.. huh!" "aah.. Bagus gak tu. Tapi nanti tepat pukul 5 semua orang tau ko dah balik..hahaha!" "errr... tak jadi la.. haha!" haha perbualan balik tarawih..  (o^^o) p.s: Ramadhan kali ini, saya mahu belajar memaafkan.. Saya mahu belajar bersabar.. [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Drama dari cermin sisi

Tiba-tiba pak cik tu bangun. "Eh.. Salah.. Dia tak mintak sedekah la.." Terasa ingin saya menerpa keluar kereta dan mohon ampun.. Prasangka. Beg plastik besar yang tersandang di bahu pak cik tu tampak berat pabila beliau sedikit terbongkok. Buat jualan barangkali. Telahan saya benar bila beliau bangkit dan berjalan perlahan-lahan menghampiri setiap kereta yang memakir di tepian jalan. Singgah ke bazar. Namun tiada rezeki. Sehingga pak cik ini menghampiri seorang pemandu yang baru ingin masuk ke dalam kereta setelah langsai urusan di bazar. Saya terkedu. Drama yang terpapar di sisi cermin kereta sungguh syahdu. Di petang 14 Ramadhan ini. Kasar perlakuan itu saudara. Tak mahu tak apa. Nyatakan dengan cara baik. Tak susah kan. Sayu wajah tua itu dan berlalu. Kita cuma berstatus hamba. Apa saja di benakmu saudara hingga tegar berkelakuan bak maharaja? [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Internet dan rajin

Hey hey hey..! ops.. hihi Seminggu plus plus tak de internet kat rumah. Saya kembali ke dunia nyata. Saya rajin OT.. time ni la baru sedar kerja bertimbun. haha selama ni totop mata saja~~ tapi dengan ketiadaan internet, saya rajin! Lagi, bila tak ade internet saya kembali rajin membaca.. wii! rasa terisi balik otak kosong ku.. owh! rak buku saya dah penuh.. Macam ni, kena beli satu lagi rak buku la baru boleh beli buku lagi. huhu... Tapi... Bila internet tak de, susah la nak masak.. (^^;) So, welcome home mr. unifi.. eh miss.. hehe and... ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Jom2 sapu sawang, cuci2 rumah, cuci2 baju, pakai wangi2.. Ramadhan nak datang ni.. (^^) [How people treat you is their karma, how you react is yours]

Matematik sekolah rendah

Ud'uni istajiblakum.. 40:60 Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan. Al-Ghafir:60 Doa itu senjata mukmin. Dia berjanji untuk mengabulkan setiap doa. Dia yang menggerakkan hati setiap insan untuk berdoa. Dan Dia juga yang akan mengabulkan setiap doa. Matematik budak sekolah rendah. Dia yang mahu mengabulkan, Dia yang menggerakkan hati untuk berdoa, Dia juga yang menyuruh untuk berdoa. Apa lagi jawapan yang tinggal.. Yang sebenarnya Dia sememangnya mahu mengabulkan dan memberi mu apa hajat mu itu. Tinggal kita... Bagaimana kita mahu bersangka baik dengan Dia.. Kerana tiada yang durjana yang dianugerahkan Dia kepada kita.. Tuhan itu bekerja dengan penuh rahsia. Tuhan itu tak pernah mungkir apa yang dikata. Tak usah dipaksa Dia mengikut kehendak kita kerana kita memang pada fitrahnya makhluk yang rakus.... Terima kasih Tuhan... [How people treat you is their karma, how you react is yours]